Namun pendedahan foto tersebut telah dinafikan oleh Sufian Suhaimi, yang menganggap foto tersebut adalah suatu sabotaj kepada kejayaannya. Dia telah menepis dakwaan tersebut kerana jelasnya, terdapat ramai yang mempunyai wajah sepertinya.
Walau bagaimanapun, sebentar tadi telah tular beberapa keping foto seorang lelaki yang wajahnya mirip Sufian Suhaimi. Foto itu telah dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter yang dikenali sebagai Penumpah Teh.
Sorry I can’t be there!
hi baby muchuk muchuk mashammmm. wait u at home ? wowowowo merq kagum chuols. dah serumah ke chuols. pic.twitter.com/NZF0jUOd06
— Merq Teh (@PenumpahTeh) February 7, 2019
OMG! Pian ke tu?
Menurut akaun Twitter tersebut, foto tersebut telah diambil pada petang sebelum persembahan penyanyi itu di Anugerah Juara Lagu.
Muat naik foto tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman Twitter, yang mula membandingkan wajah lelaki tersebut dengan penyanyi itu.

Tapi, kenapa baju Pian sama dengan foto tu?
Setelah diselidik seorang pengguna Twitter ini mendapati, baju yang dipakai lelaki tersebut sama seperti warna baju yang pernah dipakai oleh Sufian Suhaimi.
Malah, netizen juga mendapati terdapat persamaan pada jenis cermin mata yang dipakai oleh bekas tunang Elfira Loy itu.

Pelanduk 2 serupa, mungkin?
Tidak terhenti pada sebuah foto, akaun Twitter tersebut turut memuat naik foto lelaki yang mirip wajah Sufian Suhaimi.
Foto tersebut memaparkan wanita tersebut sedang berbaring di peha lelaki itu, sambil lelaki itu sedang leka memandang telefon bimbitnya.
pelanduk mungkin 2 serupa chuols, tp baby pian ni berupa2 chuols.
mashammmm la tiak baby pain. aucumm pic.twitter.com/U2ETsnHbeF
— Merq Teh (@PenumpahTeh) February 7, 2019
Main dagu pulak?
Ala kuci kuci manjanyehh baby pian bergesel sambil dagu di usap usap oleh gadis berwajah epal. pic.twitter.com/DqW022ogHT
— Merq Teh (@PenumpahTeh) February 7, 2019
Terbang ke mana tu chulos?
Individu yang mengirimkan foto ini juga turut mendedahkan dua keping tiket penerbangan ke Bali, yang jelas tertera nama Mr. Sufian Suhaimi. Walau bagaimanapun, nama wanita tersebut dirahsiakan.
dan x seharusnya aku terbang ke bali bersama denganmu di dunia ini. dan chuolssssssss. holiday berdua bilik asing2 kan pian. merq sentiasa positive chuols. pic.twitter.com/MRH62ap5KC
— Merq Teh (@PenumpahTeh) February 7, 2019
OMG!
Setelah tularnya foto tersebut, pelbagai spekulasi dan kesimpulan dibuat oleh netizen. Jika benar foto tersebut adalah penyanyi itu, mereka meminta Sufian Suhaimi untuk menjelaskan kepada peminat hubungannya dengan wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada Sufian Suhaimi, namun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dari penyanyi berusia 27 tahun itu.
SUMBER : Twitter Penumpah Teh
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express