“Iblis Bertopengkan Manusia!” -Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Siapa?

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon cantik berdarah campuran, Emma Maembong seakan meniti dibibir para netizen tanah air. Bermula dengan isu gambar mesra bersama Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, kini isu buka tudung pula menjadi perhatian netizen.

Emma seakan menerima sahaja segala tohmahan dan kecaman daripada para netizen tanpa sedikit pun melatah. Dia juga seakan tidak menghiraukan komen-komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen di Instagramnya.

Namun begitu, Bapa Emma yang juga seorang pelukis tersohor tanah air telah memuat naik satu status di Facebook seakan memberi gambaran dirinya kesal dengan segala kejadian yang membelenggu anaknya.

Sebelum ini, gambar-gambar Emma dan Syed Abdullah berpelukkan telah tular didakwa berpunca daripada akaun WeChat Syed yang digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Mereka telah membuat permohonan maaf di Instagram dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.



Status yang dimuat naik oleh bapa Emma telah mendapat maklum balas daripada netizen. Rata-rata meninggalkan komen memintanya supaya bersabar dan berdoa urusan selepas ini dipermudahkan.

Netizen turut seakan menyalahkan Syed Abdullah diatas tersebarnya gambar-gambar mesra bersama Emma.







SUMBER : Facebook Ayoh Maembong

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express