Janji Dengan Arwah Ibu Untuk Jaga Adik, Sampai Orang Ingat Pasangan Kekasih!

Kehidupan dalam adik-beradik, sama ada sebagai abang, kakak, atau adik, pasti akan berlaku sedikit pergaduhan dan pertengkaran dalam situasi tertentu.

Namun berbeza bagi Emeer Ismail apabila dia melayan adik perempuannya, Fazwa Ismail dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.



Menurut lelaki berusia 22 tahun itu, akibat layanan ‘sweet’ yang ditunjukkan, ramai tersalah anggap bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.

“Member-member aku yang tengok gambar ni semua cakap “dah macam girlfriend” atau yang baru kenal aku akan cakap “date dengan awek” haha..

Sorry la maybe cara aku layan adik aku nampak macam dia girlfriend aku. hm patut la takde siapa nak usha aku maybe dia ingat aku dah berpunya,” tulisnya di laman sosial Twitter.



Posting tersebut menjadi tular dengan mendapat sebanyak 3,785 ulang kicau (retweet) dan 6,406 tanda suka (likes) serta pelbagai reaksi netizen.

Ramai ingat bawak budak sekolah jalan2 ke?



Adik-abang ‘bergaduh’ manja!



Tambah Emeer berasal dari Melaka, adiknya yang berusia 17 tahun itu juga sering berpegangan tangan dengannya membuat orang ramai terfikir mereka adalah pasangan bercinta.

Tiba-tiba pegang tangan!



Namun segala yang dilakukan merupakan amanah kerana dia pernah berjanji dengan arwah ibunya pada 11 tahun lalu untuk menjaga adik kesayangannya.

Sebab tu jadi rapat



Tak pernah rasa apa kasih sayang seorang mak!



SUMBER : emeer

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express