“Kau Punca Dia Tanggal Tudung!” – Peminat Fanatik Emma Serang Syed Abdullah

Semalam pelakon Emma Maembong telah membuat pengumuman secara rasmi bahawa dirinya tidak lagi memakai bertudung, selepas foto panas bersama Syed Abdullah telah tersebar di media sosial.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan pemilik nama Fatimah Rohani ini. Emma menyifatkan tindakannya itu adalah atas keputusan sendiri, tanpa dipengaruhi pihak lain.

Namun peminat seakan tidak boleh menerima keputusan tersebut dan menyalahkan Syed Abdullah sebagai penyebab utama pelakon itu tidak lagi mengenakan hijab.



Kenapa you biarkan Emma macam tu?

Muat naik foto terbaru kekasih Emma Maembong di Instagram, berserta kapsyen yang seakan ditujukan kepada keputusan terbaru Emma, telah mengundang respons daripada netizen.

A major life decision is never a choice but rather a realization that the decision has already been made – Doug Cooper




Sebelum ini, hubungan antara Syed Abdullah dan Emma Maembong mula dihidu peminat apabila mereka berdua dilihat telah bercuti bersama menerusi muat naik foto di Instagram.

Setelah tersebarnya foto panas mereka berdua, Emma dan Syed memohon maaf kepada netizen dan mengakui kesilapan mereka.

Namun bagi peminat fanatik Emma Maembong, mereka menganggap imej terbaru pelakon itu adalah berpunca daripada pengaruh Syed Abdullah, apabila mereka telah meninggalkan komen di IG Syed Abdullah.

I hate you! Punca Emma jadi macam tu!



What a shame!



Kenapa kau tak bimbing Emma ke jalan betul?



Puas hati kau, Emma buka tudung?



Keputusan saya tidak dipengaruhi Syed Abdullah langsung…

Namun dalam temubual Emma Maembong bersama pihak Berita Harian, pelakon 27 tahun itu ada menegaskan bahawa keputusan yang diambilnya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa, termasuk juga Syed Abdullah.

SUMBER : Instagram Syed Abdullah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express