Penggunaan bahasa slanga ini bukan sahaja menjadi popular di Malaysia, malah kini semakin ‘merebak’ di negara lain pula.
Seorang pengguna laman sosial Twitter ada memuat naik sebuah rakaman video berkongsi sekumpulan pelajar di Korea menyebut perkataan tersebut ketika berada di dalam kelas.
Merebak ke Korea
Dah merebak ke korea dahh pic.twitter.com/FF0nFYC8ar
— jepi (@WanMohdFirdaus8) January 30, 2019
Rakaman berdurasi 18 saat itu kedengaran seorang pelajar lelaki menyebut ‘Malu Apa Bossku’ dan disambut oleh para pelajar lain.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi sebuah lagi rakaman video kelihatan seorang warga Arab turut menyebut perkataan yang sama.
Arab pun sama!
Arab pun sama pic.twitter.com/bhLbrTDlaN
— Prodigal Son (@Zaid_Alfaruq) January 31, 2019
Slanga tersebut mula menjadi perhatian netizen selepas sebuah video tular di Facebook yang kelihatan seorang pemuda merakam video bersama Najib.
SUMBER : WanMohdFirdaus8
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express