Mesin ATM Beras Akan Diletakkan Di 85 Buah Masjid Bagi Golongan Asnaf

Kira-kira 85 buah masjid di Wilayah Persekutuan bakal diletakkan unit mesin ATM beras yang khusus bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan.

Perkara ini akan dirancang dan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan antara Jawatankuasa Masjid-masjid Wilayah Persekutuan, jelas Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

“Mesin ATM beras pertama dilancarkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat malam ini,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, mesin ATM ini hanya memerlukan sebanyak RM19,000 seunit dan ia merupakan kiosk pertama di Malaysia yang mempunyai fungsi tersendiri iaitu mampu mengeluarkan beras mengikut kuantiti dan mempunyai tabung derma bagi penderma yang ingin menyumbang wang.

https://youtu.be/hxx2cqtXp6U

SUMBER : Oh Media

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express