Najib Beri Respon Tentang Jumlah BSH RM100 Yang Diumumkan Oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Amat Pedih

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berhubung bayaran selanjutnya, Lim berkata kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh[at]treasury.gov.my.

Lim berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lepas, BSH 2019 mengutamakan penerima yang berkeluarga serta menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

Namun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak yang memerlukan dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan juga menyarankan supaya bantuan diberikan kepada anak muda bujang yang berpendapatan kecil.

“Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,”katanya.

Komen Najib Tentang RM100 BSH Untuk Orang Bujang



Selama ini, kita sering kritik kerajaan PH untuk mengembalikan bayaran BR1M untuk orang bujang.

Baru Ahad lalu, saya tulis lagi bahawa BR1M untuk orang bujang sepatutnya RM600 untuk tahun lepas dan RM650 untuk tahun ini.

Tiba-tiba, seorang Menteri PH berjanji di dalam satu ceramah di Semenyih semalam untuk meminta Guan Eng untuk kembalikan BR1M untuk orang bujang.

Hari ini, Guan Eng bersetuju serta-merta walaupun ini dalam tempoh kempen PRK.

Tiba-tiba, ini bukan lagi rasuah seperti yang PH pernah tuduh BN berkali-kali.

Negara bukan lagi bankrap dengan cerita dongeng hutang RM1 trilion.

Bukan juga melanggar peraturan SPR dan etika pilihanraya.

Bukan rasuah pilihanraya.

BERSIH pun akan bisu kerana ahli BERSIH sudah dipilih menjadi lembaga pengarah SPR minggu lepas.

Untuk PH, semuanya suci.

Tak apalah.

Asalkan anak-anak muda yang memerlukan akan dapat sekurang-kurangnya RM100, walaupun bukan lagi RM450 seperti dahulu atau RM650 untuk tahun ini jika masih di bawah BN.

Angkat sahaja jika dibayar tetapi undi BN dalam PRK.

PH dan Guan Eng tentu akan tambah BR1M jika mereka terus rasa tertekan.



SUMBER : Najib Razak

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express