Pesanan Terakhir Mok Kepada Bari Asyraf Rupa-Rupanya Satu Petanda

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang pemuda yang cuba menyelamatkan sebuah keluarga daripada lemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka secara tiba-tiba menjunam masuk ke dalam sungai di Pulau Warisan, Terengganu.

Pemuda tersebut, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun yang dikatakan sedang memancing pada ketika kejadian itu berlaku, terjun bersama lima orang lagi lelaki ke dalam sungai untuk menyelamatkan keluarga tersebut.



Alhamdulillah kelima-lima penumpang yang berada di dalam kenderaan tersebut telah berjaya diselamatkan.

Namun begitu, lain pula nasib yang menimpa penyelamat mereka. Lima orang lelaki yang turut serta dalam misi menyelamat tersebut telah berjaya pulang ke darat, tetapi tidak dengan Bari Asyraf.

Kelibat beliau tidak kelihatan selepas insiden cemas tersebut dan dikhuatiri lemas.

Sehingga ke saat artikel ini dikarang, pihak penyelamat belum menemui jasad beliau.

Pelbagai usaha menyelamat sedang giat dilakukan termasuklah selaman di dasar sungai, pemantauan di permukaan sungai dan pengesanan menggunakan anjing pengesan.

Selain itu, solat hajat juga turut dilakukan bagi memohon agar usaha pencarian beliau dipermudahkan dan dipertemukan.



Kunjungan admin ke akaun rasmi laman Facebook beliau menemui sebuah posting yang amat menyentuh hati.

Benarlah kata orang. Jika seseorang itu hendak pergi meninggalkan kita, pasti ada petanda-petandanya.

Admin terasa sayu melihat posting terakhir beliau yang telah dimuat naik pada 17 Januari 2019.

Gambar tersebut seakan-akan berkait rapat dengan pemergian beliau.



Apa yang lebih menyentuh hati ini adalah komen daripada wanita ini.



Seolah-seolah dapat merasai cara pemergian Bari Asyraf, komen tersebut ternyata menyentuh sanubari rakyat Malaysia.















Walau bagaimana pun, tidak dapat dipastikan apakah status hubungan wanita tersebut dengan Bari Asyraf kerana nama beliau tidak sama dengan ibu kandungnya.

Ada pihak yang menyatakan bahawa wanita tersebut mungkin merupakan ibu angkat atau ibu saudara beliau.



Begitulah sungguh kuat naluri keibuan. Admin doakan semoga jasad Bari Asyraf berjaya ditemui.

Anda adalah perwira dan semoga selamat atau mendapat syahid yang diidam-idamkan oleh setiap manusia.

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express