Penyanyi nasyid yang pernah menganggotai kumpulan In-Team pada suatu masa dulu telah mencentuskan kontroversi sejak beberapa hari lepas. Keberaniannya mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bagi menyatakan bumi itu sfera atau bulat telah membuatkan netizen bengang.
Bumi ini SFERA!
Kenyataannya mengenai bumi itu leper telah membuatkan beberapa rakan selebriti dan Pencetus Ummah tampil untuk menjelaskan perihal pemikiran dan kefahaman Suhaimi mengenai bentuk bumi dan cakrawala. Tindakan penyanyi tersebut mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mengundang keraguan umum itu amat merisaukan semua pihak.
Sehubungan dengan itu, Pencetus Ummah Amin atau dikenali sebagai PU Amin telah memuat naik satu status di Instagram bagi menerangkan keadaan bumi dari pandangan Islam. Perkara tersebut ditujukan kepada umum dan turut menceritakan serba sedikit pengalamannya ketika menjayakan satu program TV berbentuk travelog.
Muat naik yang disertakan dengan lakaran bentuk bumi oleh PU Amin di Instagram telah mendapat maklum balas yang pelbagai oleh netizen. Rata-rata bersetuju dengan kenyataan mengenai bentuk muka bumi menurut Islam yang dijelaskan oleh pendakwah tersebut.
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express