Ron Kamisan ‘Malu Apa Bossku?’ Jelas Kecaman Talam Dua Muka

Malu Apa Bossku‘ dan ‘Bukan Biasher-Biashe‘ mungkin sudah ramai kerap mendengar tagline ‘rempit’ dari bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak ini. Tapi tahukah anda, tagline ini telah dicetuskan seorang anak muda, Ron Kamisan.

Menurut laporan mStar, pemuda ini sering kali muncul dalam beberapa video kelihatan meluangkan masa bersama Dato Sri Najib dan foto lamanya bersama Tun Dr Mahathir di ‘up’ semula. Rata-rata beranggapan Ron Kamisan talam dua muka dan dia menjelaskan situasi sebenar disebalik kemesraan bersama pemimpin-pemimpin negara.

Tidak bercerita hal politik




Ron Kamisan menjelaskan penglibatannya bersama mantan Perdana Menteri melibatkan program permotoran secara santai bersama anak muda di bawah pergerakan ‘Malu Apa Bossku’ yang dikendalinya.

Najib bersama kami adalah secara santai, datang berselfie dan jumpa penduduk tapi tak ada bercerita pasal hal politik pun.

Mengenai Dr Mahatahir pula, saya berpeluang berjumpa beliau kira-kira dua minggu sebelum PRU tahun lalu untuk dapatkan tandatangan beliau pada plat memorial ‘Lepaking’ dan kini juga ditandatangani Najib.

Dapat berbual bersama itu peluang keemasan



Pemuda ini turut menjelaskan negara Malaysia kini sebagai negara demokrasi dan setiap rakyat mempunyai hak dan suara untuk memilih. Dia turut menyifatkan pertemuaan bersama kedua pemimpin itu ada sebuah peluang keemasan untuk dia berkongsi pandangan sebagai anak muda.

Siapa tak nak peluang untuk bersemuka dan bersama bersama bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Bukan setakat Najib atau Tun Mahathir saja tapi bersama mantan pemimpin yang lain pun saya akan ambil peluang ini.

Saya ni level biasa-biasa saja. Kalau jumpa mereka di depan khalayak ramai itu adalah biasa. Tapi kalau dapat peluang bersemuka depan-depan dan duduk bersama berbual itu peluang keemasan.

Saya neutral dan politik ditolak tepi



Saya adalah neutral dan politik ditolak tepi. Saya sekadar nak bantu anak muda seperti membangunkan keusahawanan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mat-mat motor sekali gus dibawa ke tahap yang lebih tinggi.

Ada yang kata bila Najib bersama mat-mat rempit ini beliau dikatakan telah menjatuhkan imej sebagai negarawan. Tapi orang ramai tidak tahu orang-orang di samping Najib itu semuanya usahawan. Ada kereta besar, motor besar. Mat rempit sekarang bukan biasa-biasa. Jangan ingat mat motor ni peragut je.

Anggap sebagai free marketing




Pemuda ini turut menafikan dirinya sebagai ‘opportunist’ atau suka mengambil kesempatan. Ini kerana dia sering kelihatan meluangkan masa bersama bekas Perdana Menteri itu.

Cuma ketika ini saya mempunyai lebih banyak masa dan peluang bersama Najib. Masa saya viral dengan Najib pun, saya tak padam gambar dan video bersama Tun Mahathir.

Apa masalahnya letak gambar Tun Mahathir? Saya hargai sebab bangga dapat bergambar dengan beliau. Kalau saya ni ‘lalang’ dah lama saya padam gambar bersama Perdana Menteri. Saya tak ambil peduli kecaman netizen. Malah, saya anggap sebagai pemasaran percuma untuk saya dan perniagaan saya serta tagline ‘Malu Apa Bossku?’.

Peluang keemasan bersama Tun Mahathir



 










View this post on Instagram



















 

Alhamdulilah rezeki dapat berjumpa Tun M @chedetofficial untuk menandatangani memorial plat @lepakings sebagai tanda menyokong usahawan2 agar lebih maju dan saya juga membuat pilihan yang tepat dengan menyokong Tun M kembali memerintah 🇲🇾 agar menaikan kembali ekonomi malaysia seperti masa Tun M memerintah dahulu. Alhamdulilah video Nota Terakhir juga telah mendapat 600k view selepas 3hari di viralkan dengan kerjasama kami untuk menyedarkan rakyat 🇲🇾 bertapa besarnya tanggung jwp kita sbgai pengundi untuk memilih kerajaan. Taniah anda telah memilih Tun M kembali untuk memerintah 🇲🇾 . . #HidupTunM #pakatanharapan #PH #pru14 #tunM #lepaking #selamattinggalkakijilat #langitTakSelalunyaCerah #LainKaliPandangOrangBawah #RezekiAllahSiapaTahu #PilihYangBetul #TerimaKasihTunM #pkr #


A post shared by LepaKing👑 (@lepakings) on









SUMBER : Ron Kamisan

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express