Namun sebentar tadi, Jep Sepahtu telah memaklumkan bahawa isterinya telah keguguran. Sari Yanti yang hamil dua bulan bakal menjalani pembedahan pada pagi ini, selepas mendapati janin dalam kandungannya tidak bergerak.
Menerusi muat naik di Instagram, Jep telah berkongsi kesedihan kepada peminat, dan memohon doa semoga pembedahan pagi ini berjalan dengan lancar.
Takziah Jep dan Sari
Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.
Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah.
Doakan mama eya selamat operation harini ya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat telah meninggalkan ucapan takziah atas kehilangan bakal cahaya mata kedua mereka.
Mereka juga memberi kata semangat kepada Jep sekeluarga dan mendoakan semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar.
Insya-Allah ada rezeki lain nanti

Semoga tabah, adik Eya tunggu di Syurga

Pagi tadi dengar suara Jep kat Sinar

Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik

Jep dan Sari Yanti bernikah pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Dariya Inara.
Takziah kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti, semoga Allah tabah dan kuat menjalani ketentuan Allah.
SUMBER : Instagram Jep Sepahtu
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express