“Sebak Dengar Pian Nyanyi…” -Sufian Suhaimi Pilih Bersanding Seorang Diri Di Pentas AJL-33

Sememangnya, persembahan Sufian Suhaimi telah menjadi persembahan yang ditunggu peminat pada malam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-33.

Mempertaruhkan lagu Di Matamu, yang mempunyai seribu satu kisah penyanyi itu dengan bekas tunangnya, nyata persembahan Sufian Suhaimi telah mendapat tepukan gemuruh oleh penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Persembahan Sufian Suhaimi yang berjaya membawa lagu Di Matamu dengan baik, telah menyentuh hati peminat.

https://youtu.be/Ho_PCF1BhvU



Pian Bersanding Seorang Diri

Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah pada akhir persembahan, Sufian telah duduk di kerusi persandingan seperti pelamin Elfira Loy seorang diri.

Lagu Di Matamu pernah mencetuskan kontroversi apabila dikhabarkan dibuat oleh Sufian Suhaimi yang ditujukan kepada bekas tunangnya, Elfira Loy selepas pasangan itu putus tunang pada tahun lepas.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sebak dan terpukau dengan persembahan mantap daripada penyanyi 29 tahun itu.



Macam pelamin nikah Elfira?

Namun, peminat mula menyedari bahawa pelamin di pentas AJL adalah seakan sama seperti pelamin pernikahan Elfira Loy.



Aku tahu, kau kuat bro!









Persembahan terbaik Sufian Suhaimi!



Menangis bini aku kat rumah ni!



SUMBER : Twitter

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express