Si Rashid Niat Nak Beli Bus Buat Kerja Amal, Tapi Kena Tipu Plak Dengan Dato L Sorang Nie. Ini Cerita Sebenar Dari Si Rashid Sendiri

Siapa tak kenal Si Rashid. Dengan jumlah pengikut di laman facebook mencecah 657 ribu, Si Rashid selalu menyediakan karikatur yang boleh mencuit hati orang ramai.

Si Rashid biasanya akan buat karikatur berdasarkan kehidupan sekarang atau apa apa isu yang panas. Tetapi bukan itu sahaja ‘kerja’ Si Rashid buat. Kerja amal banyak dilakukan dengan pasukan Si Rashid. Kerja kerja amal mereka seperti memberi ceramah atau pendedahan kepada murid murid sekolah. Membantu orang orang dalam kesusahan dan banyak lagi.

Beli Bas

Baru baru ini tular di laman facebook Si Rashid dimana mereka ditipu dengan seseorang yang bergelar ‘Dato’. Pada mulanya mereka sudah berniat untuk mencari sebuah bas terpakai untuk ditukarkan menjadi seperti pusat komuniti bergerak. Dengan adanya bas tersebut mereka mampu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan memberikan perkhidmatan seperti gunting rambut percuma dan bas tersebut boleh dijadikan tempat pengagihan makanan.

Tetapi semua hancur lebur .. ini apa yang Si Rashid ceritakan ..

Aku pun tak suka pilih jalan ni, tapi kalau dah terpaksa tambahan pula projek ini adalah untuk membantu anak yatim, orang tua dan pelajar miskin.

Kronologi,

– Aku plan 1 projek barber bus, projek untuk buat barber bergerak dan pergi kerumah anak yatim, orang tua dan beri perkhidmatan potong rambut percuma.

– Bas tu juga akan jadi foodbank bergerak.

– Dato ni jual bas, aku pegi tengok berkenan dan terus bagi deposit.

– Dato janji lepas dapat duit bas hantar bengkel untuk servis dan repair sebelum hantar ke tangan aku.

– 1 bulan tunggu bas tak dapat lagi, bila designer bas aku call bas tu tak bergerak kemana-mana pun.

– ***** punya dato.

– Bila kantoi dengan aku bas tu tak bergerak, baru kata bas tak jadi jual. Aku minta refund.

– Alasan je yang aku dapat setiap kali minta refund, itu pun jawab sepatah. Bila aku mesej pakai no lain nak beli bas laju pula dia jawab.

– **** punya dato.

– So aku dah buat report polis, dan peguam akan hantarkan surat saman.

Aku boleh je abaikan duit deposit ni. Tapi ini adalah duit amanah untuk membantu anak yatim dan fakir. Setiap sen yang disumbang bahu aku yang menanggung. Jadi aku kena bagitau kemana duit penyumbang tu pergi.

– Aku dah bagi last warning kat dato tadi, katanya buat la apa aku nak buat. Aku pun tak pasti aku deal dengan dato ke dengan haiwan.

– Kepada dato, 3k tu boleh beli apa? Kalau taknak pulang maka dato la harus bertanggungjawab hasil derma orang.



Notakaki: Segala maklumat terperinci boleh terus ke laman facebook Si Rashid. Bagaimana kesudahan cerita ini belum ditentukan lagi. Tetapi sekiranya benar dakwaan Si Rashid kepada Dato ini memang tak cantik lah. Apa pun, laporan polis telah dibuat dan kita biar pihak polis jalankan siasatan.

Ada ayat yang terpaksa kami buang ye dalam konteks Si Rashid kerana terlalu ‘ganas’ haha!

Sedap ke makan duit anak yatim .. panas kubur kang ..

SUMBER : KL Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express