RAKAMAN SEBAB KENAPA NAJIB KOMEN AJL ADA DIBAWAH ARTIKEL
Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.
Naib Juara dimenangi komposer Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim dengan lagu Bunga yang dipersembahkan penyanyi Ara Johari. Mereka menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi.
Tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya & Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.
KENAPA SHERRY AL HADAD PULA TRENDING DI TWITTER?

Sherry Al Hadad adalah salah seorang pengacara dan beliau berganding dengan Aliff Satar di AJL 33.
Semua maklum bahawa, pengacara adalah salah satu tunggak utama di dalam mana mana acara terutama acara yang bersiaran secara langsung. Jika persembahan membosankan sehingga boleh buat penonton tertidur, memang tugas pengacara untuk menyemarakkan kembali suasana dan ini bukan kerja yang mudah.
Sherry Al Hadad membuat kejutan apabila bermain drum diiringi Aliff Satar menyanyi lagu We Will Rock You yang pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda Queens.
Bila Sherry berdrum #AJL33 pic.twitter.com/jg36bUHinm
— themalaysiantrivia (@themastrivia) February 3, 2019
Rata rata netizen di dalam twitter memuji sikap bersahaja Sherry Al Hadad sehingga nama beliau menjadi trending worldwide di dalam twitter.
BOSSKU NAJIB RAZAK PULA KOMEN PASAL AJL 33
Sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila Najib Razak tiba tiba update status di laman rasmi facebook dan twitter beliau berkenaan Anugerah Juara Lagu 33.
Lekat cantik-cantik sticker.
AJL pun dah sebut #maluapabossku
👍🏼 pic.twitter.com/PaNANUbGjy
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 3, 2019
LIVE TV3 #maluapabossku di Anugerah Juara Lagu 33 #ajl33. Terima kasih pengacara Sherry Alhadad promosi tagline yang sedang popular ini. 🤣 pic.twitter.com/o5AVzqIlxy
— Khusairi Talib (@KhusairiTgMalim) February 3, 2019
Memang kelakar la Najib Razak ni sekarang ..
SUMBER : KL Viral
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express