Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera

Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif netizen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu.

Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Cabar Dr Sheikh Muszaphar Bersumpah



Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Yang Tak Tahu Elok Diam Aja



Suhaimi yang menggunakan Mosus di Facebook itu juga turut meminta bukti jika benar bumi ini sfera. Dia juga meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Netizen Komen Minta Pendapat Kena Block



Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Ini Respon Suhaimi



SUMBER : Suhaimi Saad

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express