10 Kaedah Mujarab Dan Murah Musnahkan Siput Perosak Tanaman Anda

Siput, tak kira lah apa jenis pun dia yang menjadikan tanah sebagai habitat merupakan ancaman kepada tanaman terutamanya yang jenis sayur. Tah bila masa dia buat kerja, tiba-tiba ada bahagian daun dah kokak dimakan siput. Aduh luluhnya lah hati. kalau makan sikit-sikit tak apa lagi. ni habis tebok sana, tebok sini. Tanaman rosak begitu shaja.  Selalu yang jadi mangsa anak-anak pokok. dah macam-macam cara dibuat. Sekejap je hilangnya. Masuk musim baru, eehh dia datang lagi.

Jadi, Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1. Kutip satu-satu dan musnahkan secara serentak. Selalu yang admin buat, bakar dalam unggun api. Tengah api menyala-nyala tu, campakkan sahaja. Nanti abu tu boleh ambil dan jadi baja balik. Kalau tak nak buat pembakaran terbuka, Ambil sebiji batu yang besar, hempapkan sampai lumat.

2. Epsom salt pon boleh membantu membanteras dan mencegah siput. Selain membaja, garam tersebut juga menyebabkan siput kecil yang macam rupa siput sedut lenyap secara beransur-ansur. Siput kecil tak makan umpan racun siput yang butirnya kasar dan agak sukar nak hapuskan, jadi cara ini lebih mudah, berkesan dan selamat.

3. Siput mempunyai mukus/lendir. Ada rakan kebun yang cadang letakkan pasir di sekeliling kawasan tanaman ataupun buat ‘pagar’ bagi mengganggu pergerakan siput.

4. Selain pasir, anda boleh gunakan kulit telur yang telah ditumbuk halus. Sementara melindungi tanaman dari serangan siput, ia juga membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tanaman.

5. Taburkan serbuk kayu atau serbuk gergaji di sekeliling tanaman. Ia akan mengganggu kelancaran perjalanan cik put.

6. Taburkan abu daripada pembakaran sampah di sekeliling tanaman. Ia juga membantu meningkatkan pH tanah. Malah teksturnya tidak digemari siput.

7. Selain gunakan abu yang anda bakar sendiri tu, boleh juga guna arang sedia yang boleh didapati di kedai runcit. Tapi pilih yang tak terlalu keras. Nanti, anda huncurkan arang tersebut menjadi serbuk taburkan pada pangkal atau batas tanaman.

8. Cara paling mudah untuk memerangkap siput adalah dengan menggunakan tepung jagung. Masukkan satu atau dua sudu tepung jagung ke dalam bekas atau piring yang mudah dimasuki siput dan letak di kawasan sasaran. Tepung jagung berkesan membunuh siput kerana akan mengembang dalam tubuhnya. Untuk memikat siput datang ke jerat, letakkan makanan yang digemari siput babi seperti kobis.

9. Buat penghadang siput daripada memasuki kawasan tananam. Anda boleh gunakan lidi pencungkil gigi tu, susun rapat-rapat. kalau anak pokok yang masih kecil, buat rumah hijau mini dari botol.



Namun, dalam banyak-banyak kaedah dari 1 hingga 9, No. 10 ni paling digemari. Cara penyediaan amat mudah dan cepat. bukan sekecil-kecil siput yang akan terperangkap, kalau ada masalah lintah bulan pun ini adalah kaedah terbaik.

10. Campurkan air bersama yis dan gula. Nisbah dia tak kesah, ikut sesedap rasa. Letak air bancuhan tadi di dalam bekas berhampiran tanaman. esok pagi, anda tengok hasilnya. Biasa kaedah ini digunakan pekebun luar negara tapi diganti dengan air beralkohol. Tapi campuran gula dan yis ni pon result dia sama.





Walaupun kaedah dan petua ini bukanlah 100 peratus dapat membasmi siput, sekurang-kurangnya dapat mengatasi secara berperingkat. Ia perlu dibuat secara berkala atau kerap. Selamat mencuba.

https://youtu.be/Y8kzTfxX9Pk

SUMBER : Impiana

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express