9 Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado

Pokok Avokado atau nama saintifiknya “Persea Americana”. Kelebihan buah avokado yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.

Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.

Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita.

Mari lihat apa 9 khasiat dan kelebihan memakan buah avokado yang boleh diperoleh dari memakan buah ini.

Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado

Mengawal Tekanan Darah. Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

Menggalakkan Kesihatan Mata. Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.

Melindungi Daripada Kanser. Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

Menyembuhkan Nafas Berbau. Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Ciri-ciri Anti-Penuaan. Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Penjagaan Kulit. Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

Mengekalkan Kesihatan Jantung. Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandung vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

Vitamin E Powerhouse. Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

Mengandungi Banyak Vitamin. Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflabin, C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.



SUMBER : Alraudhah.com

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express