Anak Aku Bertarung Nyawa Macam Parkinson - YB Kata Tak Bahaya?

Berikutan pencemaran sisa bahan kimia berbahaya di  sekitar Pasir Gudang, Johor sejak Ahad lalu, ramai ibu bapa berkongsi kebimbangan terhadap anak mereka yang terhidu gas beracun berkenaan.

Lebih-lebih lagi apabila anak mereka menjadi mangsa keadaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang pengguna laman sosial Facebook iaitu Suzana Suarno memuat naik sebuah posting meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian apabila anaknya, Ahmad Nabil menjadi salah seorang mangsa insiden berkenaan.





YB Kata Tak Bahaya?



“Bukan anak YB yang sesak nafas menggigil2 depan mata YB. Bertarung nyawa macam parkinson yang kronik melawan Metana tu. Saya amat berharap saya mempunyai MB yang bijak!,” tulisnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata turut mengecam tindakan Osman itu yang didakwa tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar di negeri terbabit.

Singkirkan! Tak Layak Jadi YB



Nyawa Dipertaruhkan, Kena Buat Laporan Polis!



Apa La Nasib Dapat MB Macam Ni



YB Satu Penggal Je Kot



YB Turun La Padang! Susah Senang Sama Rakyat



Baik Tak Payah Jadi YB



Walau bagaimanapun, keadaan anaknya kini kembali pulih seperti biasa setelah ditahan dalam wad untuk pemeriksaan lanjut namun masih dalam pemantauan doktor.





SUMBER : Facebook Suzana Suarno

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express