Anak Kandung Dan Menantu Kurung Puk0l Ibu Dengan Kayu. Ini Kejadian Sebenar

Wanita ditemui cede ra dan lebam di seluruh badan dipercayai did era dua anak kandung dan menantunya di Flat Desa Wawasan 1, Bukit Mertajam, semalam.

Wanita malang berusia 64 tahun itu yang hanya berkain batik ditemui penduduk selepas dia cuba keluar melalui pintu jerisi besi rumahnya yang dikunci.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, susulan kejadian pihaknya yang menerima laporan membantu wanita berkenaan sebelum dia dibawa menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor, mangsa didapati mengalami lu ka di kepala dan lu ka serta lebam di seluruh badan, selain dikhuatiri mengalami cede ra patah lama pada anggota badan dipercayai did era.

” Keadaan mangsa bagaimanapun stabil dan kini ditempatkan di HBM.

” Susulan itu polis menahan dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun serta menantu perempuannya berusia 28 tahun,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di situ dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.

Beliau berkata, mereka juga jarang makan dan keadaan mereka begitu daif daripada segala segi.

Katanya, ketika diambil keterangan mangsa mendakwa dia jatuh dan tidak dipukul oleh anaknya.

” Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek yang juga anak mangsa kurang siuman.

” Kedua-dua anak mangsa yang tinggal bersama menantu yang juga orang kekurangan upaya (OKU) berkenaan mendapat bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka tidak bekerja dan jika kehabisan wang mereka akan mengemis.

Beliau berkata, mangsa akan dikurung dan dikunci di rumah ketika anak dan menantunya keluar mengemis di kawasan berdekatan.

Nik Ros Azhan berkata, pihak JKM yang dimaklumkan berhubung kes ini akan meminta pihak HBM untuk membuat rawatan psikiatrik ke atas mangsa termasuk anak dan menantunya.

Katanya, mangsa yang kini dirawat di HBM mempunyai sejarah penyakit mental atau kemurungan dan dipercayai didera anaknya dengan dipukul menggunakan kayu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

https://youtu.be/ol6uLDUKRHA

SUMBER : Harian Metro

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express