Majlis Serba Putih
Bacaan Yassin dan solat Magrib serta Isyak secara berjemaah dilakukan sebelum jamuan ringan dihidangkan. Disamping itu, Norman turut membuat kejutan kepada isterinya Memey Suhaiza dan anak sulungnya Danish Hakim yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan yang sama.
Sekitar Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat
Sedia maklum bahawa hubungan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi tiada sebarang masalah serta kekal berkawan rapat bagi menjaga hubungan silaturrahim antara mereka. Jadi, hubungan rapat tersebut menjadikan keluarga ini satu keluarga yang besar dan harmoni.
Melihat daripada sisi tersebut, majlis yang berlangsung dilihat sangat tenang dan ceria. Masing-masing memuat naik gambar bersama sekitar majlis tersebut berlangsung di Instagram.
Semoga Peroleh Umrah Yang Mabrur
Menerusi ruangan komen di Instagra mereka, rata-rata peminat mendoakan keselamatan Norman yang akan berangkat mengerjakan Umrah. Kebanyakkan komen memuji keluarga ini yang dilihat sebagai contoh keluarga yang sakinah.


Keluarga Bahagia

Semoga Norman hakim mendapat Umrah yang Mabrur dan selamat berangkat pergi dan balik. Diharap juga keluarga ini terus bahagia dan harmoni hingga ke akhirnya.
SUMBER : Instagram Norman Hakim, Oh Media
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express