Cara Buat Racun Semut Organik Dari Kulit Limau

Semut, bukan sahaja ancaman di dalam rumah malah di laman. Makan baru letak tak smpai sejam pun semut dah datang. Kalau orang kata, di mana ada gula di situ ada semut. Tahap melampau samapai air masak kosong pun habis di hurung semut.

Sebagai pilihan, ramai menggunakan racun semut yang terdapat di pasaran sama ada jenis semburan, serbuk mahupun cecair. Namun tahukah anda ia mengundag risiko kepada kesihatan anda. Kebangkalian seburan yang dilakuakn terkena pada makanan atau serbuk yang ditabur masuk ke dalam hidangan. Tambahan, ada yang tidak tahan dan alah kepada bau racun semburan.



Apa kata anda beralih kepada racun semut organik dengan hanya menggunakan bahan dapur. Berikut adalah resepi semburan semut dari kulit citrus.

Bahan-Bahan :

1 cawan kulit limau
2 cawan air
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar cecair pencuci pinggan

Cara-Cara :

1. Potong kecil kulit limau (boleh gunakan campuran kulit limau atau citrus yang lain)
2. Campurkan kulit limau bersama 2 cawan air di dalam bekas kedap udara untuk perapan
3. Simpan bekas perapan di ruang yang mempunyai suhu bilik dan gelap selama 3-5 hari
4. Tapiskan dan asingkan sisa kulit limau
5. Letakkan semula air kulit limau yang disaring ke dalam balang perapan
6. Campurkan 2 sudu gula merah dan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam air kulit limau dan kacau rata.

Untuk memusnahkan koloni atau busut semut, anda boleh curah pati kulit limau terus. Namun untuk tujuan semburan, campurkan ia bersama air dan semburkan pada tanaman.

SUMBER : Impiana

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express