Cara Buat Resepi Jamu Asam Kunyit Herba Pelbagai Khasiat Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita Oleh Amanda Tan

Perkongsian dari Amanda Tan atau lebih dikenali sebagai Amoi Jamu ini sangatlah berguna kepada mereka yang amat memerlukan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengamalkan amalan memakan jamu tradisional yang dibuat sendiri di rumah.

Amanda telah membantu ramai orang untuk memulihkan kesihatan mereka secara dalaman dan luaran yang telah dikongsikan beliau menerusi laman Facebook miliknya. Jom ikuti perkongsiannya seperti berikut :

Hari ini saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan untuk saya 15 tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki untuk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.



Inilah nama-nama herba yang digunakan untuk Jamu Kunyit Herba . Siap dilabelkan nama untuk mereka yang kurang kenal.

Jamu Asam Kunyit Herba



Ambil sukatan yang diperlukan.

Resipinya :

1. Segenggam Kunyit matang.
2. Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
3. Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali.

4. Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
5. Daun Menguku 3 helai kalau besar.
6. Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
7. Air 1 litre.

Perisa Ikut Selera Masing-Masing :

• Asam Jawa
• Gula Melaka
• Garam
• Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.

Cara Olahan :

Cuci bersih bersih kesemua bahan bahan.

Potong kecil kecil dan masukkan kedalam blender. Kang nanti besar sangat, blender tercekik plak.



Masukkan air secukup nya utk memblenderkan bahan bahan sampai sebati.

Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas tu. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.



Ambil air yang sudah diblend itu masukkan kedalam periuk dan masak sampai mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.

Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing2 ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yg baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.

Cara Minum :

1. Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Ama lkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
2. Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.

3. Boleh amalkan seminggu dua kali.
4. Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.

Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.



Khasiat :

• Memulihkan tenaga
• Memanaskan badan
• Melancarkan peredaran darah
• Membuang angin

• Atasi lenguh lenguh , sengal badan
• Mengurangkan bau badan
• Mencuci dalaman badan dan menyah toksin

• Menghilangkan keputihan
• Memulihkan luka dalaman
• Mengecutkan peranakkan
• Melawaskan pembuangan
• Menyerikan wajah

• Mencantikkan kulit
• Khasiat tinggi
• Agen awet muda
• Sesuai untuk wanita dan lelaki

Tidak Sesuai Ketika :

• Waktu Haid
• Sedang Hamil
• Anak Kuning / Jaundis

• Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
• Kalau darah tinggi, jangan masukkan ga,ram. Gula pun kurangkan.

Semoga bermanfaat kepada semua!

SUMBER : Amanda Tan

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express