Cara Buat Tanah Campuran Sendiri Untuk Tanaman Lebih Subur Oleh Azuan Abdullah

Bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain.

Kenapa?

Sebab bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.

Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu di beri air baja. Jimat tak?

Ni cara saya buat tanah campuran, guna formula 2:1:1

Bahan-Bahan :

1. Tanah Top Soil

2. Pasir Halus

3. Bokashi [at] Kompos

4. EM [at] Plant Booster.

Cara-Cara :

1. Ambil 2 bahagian tanah top soil.

2. Ambil 1 bahagian pasir halus

3. Ambil 1 bahagian bokashi [at] kompos.

4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati

5. Ambil EM [at] plant booster.Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air.

6. Siram bancuhan (langkah nombor 5) pada campuran bahan (langkah nombor 4) cukup sekadar ianya lembab. Indikatornya, bila kita genggam tanah campuran tadi, air tak keluar melalui celah jari dan bila kita buka genggaman tangan, tanah tu tak berkecai.

7. Tudung tanah campuran tadi. Saya guna “netting hitam”. Boleh guna apa saja untuk tudung tanah tu. Guna daun kelapa pun boleh. Fungsinya tak nak bagi tanah tu direct kena cahaya matahari, nanti ia cepat kering.

8. Biarkan 1 minggu.

9. Lepas 1 minggu, tanah campuran kita dah ready untuk guna. Boleh isi dalam polibag, pasu, tong cat atau apa-apa saja yang kita ada dan boleh tanam apa-apa saja yang kita suka.

Ajarkan juga ye formulasi ni kepada sahabat yang lain SEBAB mungkin masih ramai yang tercari – cari solusi ini.

Sahabat yang masih belum follow, boleh follow Azuan Abdullah dan jangan lupa Set See First ye SEBAB takut terlepas banyak lagi info dan ilmu yang saya nak kongsikan nanti.

SUMBER : Azuan Abdullah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express