Cara Mudah Buat Racun Organik Sendiri Oleh Azuan Abdullah

Wah! Cantiknya pokok lada purple ni. Buah pun lebat sangat sampai nak patah dahan, tegur kawan isteri saya masa kenduri aqiqah Hannnah Humaira baru-baru ini.

Kami nak buah sikit boleh tak? 3-4 biji seorang pun dah cukup, nak tanam dekat rumah je. Geram sangat tengok pokok ni, buah lebat sangat. Minta Kak Ani bagi pihak kawan kawan yang lain.

Spontan isteri jawab, petiklah sendiri nak banyak mana pun.

Masing-masing seronok bila dapat petik sendiri buah lada purple tu. Rasanya dapat la dalam 10 biji seorang buah yang masak.

Sambil – sambil petik cili tu, Kak Ani tanya isteri saya. Macam mana cara tak nak bagi pokok cili ni jadi kerinting dan buah jadi buruk?

Yang tu kena tanya suami saya. Saya pun pandai petik je jawab isteri. Hahaha, kedengaran ketawa kecil mereka di tepi pagar rumah.

Abah, ibu panggil. Ibu cakap kawan dia nak tanya pasal pokok lada beritahu anak sulung saya, Muhammad Fatih.

Saya pun terus ke tempat mereka. Bila sampai je dekat situ, terus Kak Ani tanya. Akak ada tanam 2-3 pokok lada kat rumah. Masalahnya, tak sempat berbuah, pokok dah jadi kerinting. Kalau tak kerinting pun, mesti buah jadi buruk. Macam mana ye nak buat biar jadi macam pokok lada ni. Cantik, subur dan buah tak habis makan.

Okey. Dah siap petik kan! Jom kita duduk kat meja, sedap sikit nak cerita. Di meja, semua fokus pada saya, rasa macam jadi doktor la pula. Tak dapat jadi doktor perubatan, jadi doktor pokok pun jadi la. Hahahaa.

Baik. Penyakit kerinting dan buah buruk ni normal bagi pokok lada bila kita tak kawal dari awal.

Ada Tiga Sebab Bila Pokok Cili Kita Jadi Kerinting :

1. Serangan oleh kutu trip. Pucuk muda akan kerinting ke atas. Jika tak dikawal ianya akan jadi penyakit virus.

2. Serangan oleh afid. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek, rintik-rintik dan kerinting [at] kerekot. Ia dah kena penyakit virus.

3. Serangan Lalat Putih. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek dan kerinting ke bawah. Ia juga dah kena penyakit virus.

Buah Buruk Pula Mungkin Disebakan Oleh Dua Sebab Ni :

1. Antraknos atau bintik berpusar. Disebarkan oleh kulat. Ada kesan bintik berpusar warna hitam pada buah. Buah akan jadi rosak dan kering di pokok.

2. Serangan Lalat Buah. Terdapat kesan lubang kecil pada buah. Ada lorong – lorong kecil dalam buah dan biasanya terdapat larva dalam buah tersebut. Buah akan jadi busuk dan gugur.

Semua penyakit dan perosak ni kita boleh cegah dari awal lagi. Kita guna racun organik.

Racun organic! Macam mana tu? Boleh ajar kami tak cara-cara nak buatnya?

Pokok lada tu saya sembur dua kali seminggu dengan dua formulasi racun organik. Satu formulasi untuk kawalan hama, kutu trip, afid dan serangga jenis penghisap. Saya sembur setiap pagi Jumaat.

Satu formulasi lagi untuk kawalan kulat, hama, semut dan koya. Disembur pada hari Selasa.

Okey ni bahan-bahan dan cara-cara untuk buat kedua-dua formulasi ni ye.

Formulasi Racun Organik - Hama, Kutu Trip, Afid dan Serangga Jenis Penghisap

Bahan-Bahan

1. Daun neem [at] semambu : 30 gram

2. Daun limau purut : 20 gram

3. Cili padi : 20 gram

4. Sabun cuci pinggan : 50 ml (tak kisah brand apa)

5. Air bersih : 1 Liter

Cara-Cara

1. Blender semua bahan diatas hingga hancur dan sebati.

2. Peram selama 1 minggu ditempat teduh. Pastikan bebas daripada terkena cahaya matahari secara terus.

3. Tapis dan masukkan dalam bekas [at] botol yang tidak telus cahaya.
4. Boleh simpan antara 3-6 bulan.

Penggunaan

1. Ambil larutan pati tadi dan masukkak ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan 1 ml larutan pati untuk 1 liter air.

2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi. Kadar pencairan 3 ml cuka kayu untuk 1 liter air.

3. Goncang [at] kacau hingga sebati campuran tadi dan biarkan 3 minit.

4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Eloknya sembur pada awal pagi.

5. Ulang langkah ini sekali seminggu. Saya biasa buat semburan pada pagi Jumaat.

Formulasi Racun Organik – Kulat, Hama, Semut dan Koya.

Bahan-Bahan

1. Tembakau : 30 gram

2. Halia tua : 20 gram

3. Minyak tanah [at] gasolin : 20 ml

4. Sabun pencuci pingan : 10 ml (tak kisah brand apa)

5. Air bersih: 1 liter

Cara-Cara

1. Blender semua bahan diatas hingga hancur dan sebati.

2. Peram selama 1minggu ditempat teduh. Pastikan bebas daripada terkena cahaya matahari secara terus.

3. Tapis dan masukkan dalam bekas [at] botol yang tidak telus cahaya.

4. Boleh simpan antara 3 - 6 bulan.

Penggunaan

1. Ambil larutan pati tadi dan masukkak ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan 1 ml larutan pati untuk 1 liter air.

2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi. Kadar pencairan 3 ml cuka kayu untuk 1 liter air.

3. Goncang hingga sebati campuran tadi dan biarkan 3 minit.

4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Eloknya sembur pada awal pagi.

5. Ulang langkah ini sekali seminggu. Saya biasa buat semburan pada hari Selasa.

Alhamdulillah, Semua pokok yang ada dirumah saya ni seperti.

Untuk pokok cili padi purple, lada solok, terung antaboga, jagung manis, sawi dang kangkung yang ada di rumah saya ni, semuanya saya kawal dengan dua formulasi ni secara gilir-gilir 3-4 hari sekali. Tak guna racun kimia langsung.

Hasilnya, akak boleh tengok sendiri semua pokok yang ada ni. Semuanya bebas dari penyakit dan perosak, subur, gebu dan berbuah lebat.

Bila guna racun organik buatan sendiri ni, kita dapat jimat banyak duit. Tak perlu beli racun kimia. Kos untuk dua formulasi ni tak sampai pun RM 30 dan dapat 2 liter. Boleh tahan hingga 6 bulan.

Racun organic ni juga sangat mudah bila nak guna sebab kita tak perlu pun penutup hidung, sarung tangan dan pelbagai lagi kelengkapan lain. 100% dijamin selamat dan tak beracun. Kadang-kadang anak saya yang darjah satu pun ikut sekali buat semburan ni.

Dan yang paling penting, sayur kita 100% bebas dari racun kimia dan kita boleh petik bila-bila masa kita nak walaupun satu hari lepas semburan ni dibuat. Confirm tak beracun dan selamat dimakan.

Ajarkan juga ye formulasi ni kepada sahabat yang lain SEBAB mungkin masih ramai yang tercari – cari solusi ini.

Sahabat yang masih belum follow, boleh follow Azuan Abdullah dan jangan lupa Set See First ye SEBAB takut terlepas banyak lagi info dan ilmu yang saya nak kongsikan nanti.

SUMBER : Azuan Abdullah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express