EggBoi Mahu Derma Sebahagian Wang Guaman Kepada Keluarga Mangsa Korban Seran gan Masjid Di NZ

Berikutan insiden seorang remaja lelaki Will Connolly yang bertindak memecahkan telur mentah ke atas kepala Senator Australia, Fraser Anning, dia berhadapan dengan kes mahkamah kerana perlu membayar yuran guaman.





Walau bagaimanapun, Connolly membuat keputusan akan memberikan sebahagian besar wang yang dikumpul menerusi halaman GoFundMe untuk didermakan kepada mangsa korban serangan masjid di Christchurch.



Menerusi kenyataan individu yang mencipta halaman berkenaan berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu memberitahu dia komited mahu memberikan sebahagian wang besar tersebut kepada mangsa yang terlibat.



Setakat ini, halaman itu telah berjaya mengutip dana hampir mencecah $42,000 (RM117,730) daripada orang ramai di seluruh dunia yang ikhlas untuk membantunya.



SUMBER :  NZ Herald

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express