Gunakan Kulit Limau Purut Untuk Wajah Lebih Glowing

Cuba anda bayangkan jika dapat kulit wajah yang putih bersih,  glowing dan berseri tentu sahaja semua wanita inginkannya.

Di sini ada petuanya yang telah dikongsi oleh Kak Syidah dengan menggunakan lumau purut.

Nak tahu lanjut, jom teliti caranya dan bolehlah dicuba. Apa yang penting, nak kulit cantik kena rajin jaga!

“Selain dari pakai foundation minyak Argan, kita boleh glowingkan kulit dngn buat sendiri petua mnggunakan Kulit limau purut. Kaksyidah memg pentasub gila buah limau purut.”

Pucuk kita boleh buat ulam, buah boleh guna lulur rambut, kulit limau purut boleh guna untk haluihkan kulit. Tapi klau kulit sensitive kaksyidah tak syorkan hampa try petua ni.

Nak kesan terbaik kena amaikan selalu. Kalau malaih mmng xjadi… orang Baling kata”thok gula kopi”

Petua Kulit Glowing

Bahan-Bahan :

• Limau Purut
• Bedak Sejuk

Cara Penyediaan :

1. Ambil sebiji limau purut dan parut halus kulitnya. Campurkan dengan bedak sejuk.



2. Campurkan dengan sedikit air dan gaul rata.





3. Sapukan ke wajah dan biarkan kering.



4. Bila kering bolehlah dicuci bersih.

Extra Info :

1. Jangan dedahkan wajah di bawah cahaya matahari jika menggunakan limau purut, ia boleh menyebabkan kulit sunburn.

2. Sebaiknya pakai pada waktu malam.

SUMBER : Rose Syidah Hamzah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express