Himpunan Yang Diadakan Serentak Di Seluruh Negara Selepas Solat Jumaat Menuntut Orang Yang Menghina Nabi Dihukum

Kuala Lumpur

Sejumlah 500 memenuhi perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini bagi menyertai himpunan membantah hina Islam dan Nabi Muhammad.

Himpunan itu anjuran NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan dihadiri beberapa pemimpin utama Umno dan PAS, antaranya Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Ia berlangsung sepanjang dua jam dengan pemimpin parti dan NGO bergilir-gilir menyampaikan ucapan yang menyentuh soal kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia.



Ia diadakan susulan dakwaan kurangnya ketegasan kerajaan dalam menangani pihak yang menghina agama Islam.

Antara isu terbaru mengenai perkara itu adalah seorang warga emas berusia 68 tahun yang didakwa menghina menerusi akaun Facebooknya.

Minggu lalu, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyiarkan kandungan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.



Terengganu:

Umat Islam wajib bangkit menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya pentadbiran sedia ada gagal bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.



Penegasan itu dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap dalam Himpunan Aman Bantah Penghinaan kepada Rasulullah di pekarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, kuasa politik yang dimiliki kalangan pemimpin PH yang beragama Islam bukan semata-mata untuk mencari kesenangan di dunia sebaliknya untuk mempertahankan agama Allah.

“Ingatlah kalau ada elemen mereka yang hina Nabi Muhammad SAW, kerajaan yang ada hari ini tidak bertindak segera, maka kita wajib bangkit menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.

JEMAAH masjid hadir mendengar ucapan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada perhimpunan aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W selepas solat Jumaat di Masjid Rhu Muda, hari ini.

“Kita harus ingat kemenangan tidak ada makna kalau Nabi Muhammad SAW dihina, dimaki hamun dan dicerca. Ingatlah, harta benda kita tak ada nilainya kalau Nabi dicerca dan kita berpeluk tubuh tanpa bertindak sesuatu,” katanya.

Himpunan yang diadakan serentak di seluruh negara sejurus selepas solat Jumaat itu turut disertai Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali; Ketua Penerangan Pas Marang, Sulaiman Sulong dan Ketua Dewan Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi.

Perak:



15 Perhimpunan Bantah Hina Nabi Di Perak

Sebanyak 15 perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW diadakan oleh umat Islam di seluruh negeri hari ini.

Perhimpunan dianjurkan oleh Ummah Perak dan Jaringan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak Ummah selepas solat Jumaat.

Penyelaras program tersebut, Fairuz Hafiz Othman berkata, perhimpunan itu sebagai satu solidariti mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan tanda sokongan kepada pihak berkuasa yang tidak ragu-ragu mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad.

Menurutnya, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang cuba menimbulkan sesuatu yang tidak baik dalam negara dan melangkaui sempadan agama.

“Tindakan menghina Nabi Muhammad SAW merupakan satu ancaman kepada agama dan perpaduan kaum. Jika budaya ini diteruskan, ia boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik, khususnya dalam beragama yang mana Islam merupakan agama Persekutuan,” katanya.

Beliau ditemui selepas perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Medan Datuk Sagor berdekatan Masjid Negeri di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Menurut Fairuz Hafiz, 15 perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi di seluruh negeri yang diadakan hari ini menjadi satu momentum untuk menyedarkan mereka yang bukan Islam dan mengajak umat Islam bertanggungjawab membela Nabi.

Kata beliau, pihaknya akan melihat perkembangan tindakan yang telah diambil pihak berkuasa terhadap mereka yang terlibat menghina Nabi.

“Setakat ini kami berpuas hati tindakan yang telah diambil namun kami akan pantau jika ada ganggu daripada pihak luar yang cuba mengganggu atau mempersoalkan tindakan berkuasa.

“Jika itu berlaku, kami akan bangkit bagi pertahankan tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap penghina Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Sekumpulan Burung Berlegar Betul Betul Ada Perhimpunan

“BUKAN KAMI SAJA YANG BANTAH PENGHINAAN KEPADA RASULULLAH SAW, MAKHLUK ALLAH YANG LAIN JUGA TURUT SERTA” Ini ayat ayat yang ditulis oleh pemuat naik video tersebut Encik Tih Kamsuri.

Jelas kelihatan sekumpulan burung berlegar betul betul atas perhimpunan. Dianggarkan lebih dari 30 ekor burung ketika itu. Subhanallah.

Mari Lihat Video Di Bawah :

https://youtu.be/mB6bvMHRY-M

https://youtu.be/yBc0Gxmbu_0

SUMBER : Utusan Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express