Ini Rupanya Sebab Buah Strawberi Tanah Rendah Tak Menjadi

Ramai sahabat laman yang dah mula berjinak-jinak tanam strawberi tanah rendah. Pokok strawberi tanah rendah ni memang mudah ditanam dan langsung tak ada masalah dengan iklim panas di tanah rendah. Namun, yang menjadi masalah adalah kualiti buah strawberi yang di hasilkan. ramai yang masih gagal mengelurkan hasil yang cantik macam strawberi dijual di pasaran.

Apakah Faktor Yang Mempengaruhi?

Cuaca

Salah satu punca utama pembentukkan buah strawberi tak menjadi adalah disebabkan oleh faktor cuaca. Jika baka yang diperoleh adalah jenis iklim sejuk, ia akan mengalami sedikit gangguan dalam penghasilan buah. Mungkin buah yang jadi pon dalam bentuk yang kurang menarik. Namun, bagi strawberi tanah rendah, mempunyai tempoh matang yang pendek. Ini bermakna, buah strawberi di tanah rendah lebih cepat dituai.

Pendebungaan

Ramai tak tahu bahawa strawberi perlu proses pendebungaan. Sebab itu, kalau diperhatikan pengusaha kebun-kebun strawberi Cameron Highland akan usahakan ladang lebah juga. Lebah-lebah tersebut berfungsi sebagai agen pendebungaan untuk strawberi. Jika tidak, pendebungaan perlu dilakukan secara manual.

Jika pendebungaan tidak dapat dilakukan, buah strawberi tidak akan menjadi. Jika pendebungaan dilakukan oleh angin atau pendebungaan sendiri, bentuk buah yang dihasilkan tidak menjadi. Sebab itu lah, jika agen pendebnungaan semula jadi seperti lebah tidak kelihatan berhampiran tanaman, pendebungaan manual perlu dilakukan dengan menggunakan berus lembut.



Nak Tahu Cara Pendebungaan Manual Boleh Tengok Video Ini :

https://youtu.be/p92HeznzNfo

SUMBER : Impiana

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express