JPJ Penang Mahu Lelong Kereta Sita Dengan Harga Serendah RM700, Bermula 24 April 2019, Boleh Tengok List Kereta Yang Nak Dilelong Kat Bawah

Bak kata orang-orang hartanah, duit yang ada tu lebih elok kalau beli rumah daripada beli kereta, jadi tak salah pun kalau beli kereta terpakai dengan harga yang murah, asalkan sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.

Berbincang mengenai hal kereta ni, pasti korang yang tengah cari kereta sekarang ni teruja kalau ada jualan murah kereta kan, kalau sesiapa yang tengah ada cash dalam tangan pada 24 April 2019 ni JPJ ada buat lelongan kereta yang disita dengan harga serendah RM 700! Lock the date!





Harga Kereta Sekitar RM 700 Hingga RM 13,000 Sahaja!

Menurut sumber Penang Kini. sebanyak 92 buah kereta berjenama luar negara akan dijual, harga sekitar RM 700 hingga RM 13,000.

“Bulan depan 24 April JPJ buat lelongan awam kenderaan yang telah disita di Pejabat JPJ Seberang Jaya. Tengok harga rezab , menarik juga. Sapa ada cash, bolehlah pi cuba bida.

“Semua kereta jenama luar negara nampaknya. 92 buah kereta pelbagai jenis & model tersedia menanti hangpa semua. Jom kita pi ushar..”











Tapi kalau nak beli mesti banyak benda nak kena buat. Cuma kalau budget korang agak terhad mungkin inilah peluangnya nak dapatkan kereta.

SUMBER : Lobak Merah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express