Kebun Organik Cara Primitif, Lihat Hasilnya Dari Anak Gadis Ini

Berkebun, tidak semestinya perlukan modal yang banyak, perkakas yang mahal baja dan biji benih yang diimport.

Yang menajdi keutamaan adalah penyelenggaraan yang dilakukan. Wadah atau bekas tanaman, boleh dimanfaatkan dari bahan-bahan terbuang seperti botol pelastik, tayar terpakai, kuali yang bocor serta sebagainya.

Manakala bajanya pula boleh diperoleh dengan cara yang paling mudah iaitu sisa dapur seperti kulit bawang, sayur atau buah yang telah rosak, kulit telur dan sebagainya.

Malah biji benih nya juga tidak perlu dibeli, hanya dikumpul dari sayuran matang yang tidak sesuai untuk dimakan atau dari keratan batang yang diperolehi dari sayuran yang dibeli dari pasar.

Hal ini berjaya dibukti oleh seorang gadis apabila kebunnya yang membekalkan sumber makanan berkhasiat dibina dari tanah yang kosong hanya bermodalkan tenaga. Bajanya diperoleh dari daunan kering yang dibakar.

Untuk memastikan lahan sayurannya tidak tercermar oleh haiwan perosak, pagar yang ddibina dari buluh menajdi perlindung. Ingin tahu lebih lanjut kaedah berkebun secara organik dengan teknik premitif ini, jom tonton video yang disedikan.

Video :

https://youtu.be/4prOOC2ZbJE

Video 2 :

https://youtu.be/CuCiE7LH1NE

SUMBER : Impiana

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express