Kereta Terbang Pertama Negara, Diaanggarkan Bernilai MYR 2.5 Juta

Baru-baru ini idea kereta terbang oleh Perdana Menteri kita mendapat reaksi yang pelbagai dari rakyat Malaysia. Ramai yang menolak idea tersebut memandangkan banyak perkara lain yang sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan terutamanya isu kos sara hidup, harga petrol dan janji manifesto semasa pilihanraya yang lalu.

Namun begitu kereta terbang produksi pertama di dunia telah pun muncul dan Malaysia merupakan pengeluarnya.

PAL-V, sebuah syarikat tempatan menggunakan platform Geneva Motor Show untuk memperkenalkan Liberty Pioneer Edition kepada umum.

Menurut PAL-V, model Liberty Pioneer Edition merupakan kumpulan pertama kereta terbang sebenar yang bakal menemui para pemiliknya tidak lama lagi.



Dibina dalam 90 unit terhad sahaja, Pioneer Edition merupakan unit khas buat mereka yang mahu melakar sejarah di dalam revolusi mobiliti – antara kereta pertama yang mampu terbang ke mana sahaja.

Kereta dengan tiga tayar ini boleh ditransformasikan kepada bentuk terbang dalam masa lima hingga 10 minit, dan mampu terbang dengan dua unit enjin Rotax yang masih tidak diketahui spesifikasinya.

Masih menampakkan rekaan tipikal kereta terbang, model Liberty Pioneer Edition ini tampil dengan kemasan unik pada luaran dan dalaman.

Ini boleh dilihat pada layangan warna dua tona serta panel luaran yang diperbuat daripada gentian karbon menggunakan tenaga tangan.

Manakala ruangan kokpit pula menggunakan bahan aluminium gred penerbangan serta kulit berkualiti tinggi, kawalan penerbangan berkembar, Sistem Instrumen Penerbangan Elektronik (EFIS), serta kemasan trim gentian karbon.

Harga jualan PAL-V Liberty Pioneer Edition ini bermula dari RM2.5 juta, lebih mahal RM800,000 berbanding versi standard yang bakal dihasilkan setelah produksi model pertama ini tamat.

Proses penghantaran kereta terbang Liberty Pioneer Edition ini akan bermula pada 2020. Nampaknya, Wawasan 2020 menjadi kenyataan.

SUMBER : Lubok Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express