Langkah Mudah Buat (DIY) Penitis Air Siraman Pokok Dengan Bahan Kitar Semula

Dengan membuat sendiri set (DIY) penitis air siraman pokok secara automatik ini mampu membantu anda mengekalkan kelembapan tanah. Selamat mencuba!

https://youtu.be/ZIDuYgMCbfI

Saudara kini sudah boleh menggunakan bahan terbuang di rumah untuk dijadikan sebagai alat untuk menyiram pokok.

Dengan membuat sendiri set diy siraman pokok secara automatik ini mampu membantu anda mengekalkan kelembapan tanah. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

Botol plastik 1.5L beserta penutup, Gunting, Paku, Penukul, Pisau

Langkah-langkah Buat Penitis Air DIY :

1. Potong Hujung Botol



Potong Hujung Botol
Dengan menggunakan paku dan tukul, tebuk satu lubang. Kemudian, tutup semula penutup pada botol.

Potong bahagian bawah botol (lebih kurang 1inci dari bawah) dengan menggunakan pisau yang tajam.

Pastikan anda tidak memotong habis, Ini bagi memudahkan pengisian semula air dan mengelakkan jentik-jentik berkumpul di dalam botol tersebut.

#Nota :
Jumlah lubang pada penutup bergantung kepada kelajuan air yang anda mahu. Lebih banyak lubang pada penutup, lebih laju air yang mengalir.
Saiz lubang mempengaruhi kelajuan air. Lubang yang kecil akan membuatkan air mengalir dengan perlahan. Pastikan lubang tidak terlalu kecil supaya kotoran tidak tersumbat dan menghalang pengaliran air.

2. Korek Lubang



Korek Lubang
Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dengan bahagian penutup berada di posisi bawah.

3. Isi Air Kedalam Botol



Biarkan pengairan titis yang menggantikan kerja anda untuk menyiram pokok. Mampatkan tanah di sekeliling botol.

Letakkan batu-batu kecil di sekeliling botol untuk mengelakkan tanah masuk ke dalam botol.

SUMBER : Absagro.my

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express