Lihat Bagaimana Peniaga Ini Pertahankan Gerai Beliau Yang Sedang Diram pas Oleh Majlis Pembandaran

Umum sememangnya mengetahui bahawa setiap perkara yang dibuat perlu ada peraturan dan caranya.

Apatah lagi sekiranya ia melibatkan perundangan ianya mestilah dipatuhi sebaik mungkin.

Ini termasuklah dengan aktiviti menjalankan perniagaan. Individu yang ingin menjalankan perniagaan mestilah memiliki lesen dan permit berniaga yang sah serta berniaga di tempat yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini tu lar lagi sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki yang sedang berg elut mempertahankan gerai beliau apabila pihak penguatkuasa sedang menjalankan tugas untuk mera mpas gerai berkenaan.



Ini bukanlah senario yang baru, tetapi telah berulang kali berlaku di mana-mana dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Memang lah benar penguatkuasa berkenaan hanyalah menjalankan tugas mereka. Tetapi isu ini seharusnya mendapat tempat dalam kalangan pemimpin dan mereka seharusnya memainkan peranan dalam merangka tindakan yang sepatutnya membantu rakyat untuk menjana ekonomi dan pendapatan masing-masing.

Mungkin sudah penat ataupun orang utara kata cemuih dengan situasi sebegini, seorang pemuda tampil dengan memberikan cadangan beliau yang admin kira perlu diberikan perhatian, diperhalusi dan dilaksanakan bagi membantu peniaga-peniaga sebegini.



Dalam keadaan ekonomi negara yang kian mencabar, banyak pihak yang mengambil jalan alternatif untuk memperbaiki taraf ekonomi masing-masing.

Perkara sebegini sememangnya wajar untuk diberi perhatian dan mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

Kesian jugak admin tengok apabila anak-anak muda nak berniaga tetapi ditutup peluang dan ruang untuk mereka lebih maju.

Daripada mereka terlibat dengan kegiatan yang tak bermo ral atau jena yah adalah lebih bagus jika mereka berniaga sebegini.

Apa-apa pun peraturan dan garis panduan perlulah dipatuhi. Contohnya dari segi produk yang dijual, kebersihan, keselamatan dan sebagainya.

Admin harap perkara ini tidak berpanjangan tanpa penyelesaian. Korang yang ada idea tu boleh la salurkan kepada wakil-wakil rakyat yang dah dipilih. Semoga ada sinar harapan dan bukannya menjadi harapan yang musnah.

SUMBER : LubokViral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express