LPP Sedia Bantu Pekebun Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedia memberikan kepakaran untuk tanaman alternatif kepada sawit terutama di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felcra Berhad (Felcra).

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, Felda mempunyai rizab tanah yang luas dan boleh diusahakan untuk tanaman baharu dengan tempoh hasil tuaian singkat.

“Melalui kerjasama LPP dan agensi berkaitan seperti Felda dan Felcra, kita akan cuba bangunkan tanaman baharu. Ia bagi mengurangkan kebergantungan kepada komoditi sawit.

“Sebagai contoh, apabila Felda melakukan tanaman semula, ia mengambil masa tiga tahun untuk membuahkan hasil. Mengapa tidak kita tanam tanaman lain yang hasilnya boleh dituai dalam masa tiga hingga empat bulan,” katanya kepada Astro AWANI.

Mazlan berkata, gabungan kepakaran yang dimiliki oleh LPP dan rizab tanah luas dimiliki Felda akan mampu menjayakan hasrat kerajaan itu.

“Kita akan mulakan projek perintis ini di Felda Sungai Tengi, Selangor sebelum bulan puasa ini,” katanya.



Semalam, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim mencadangkan pekebun kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas atau buluh.

Langkah tersebut adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman kelapa sawit sebagai produk komoditi negara termasuk menghentikan peluasan penanaman tanaman itu.

Pada masa sama, inisiatif itu dilihat dapat membantu meringankan beban pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga minyak sawit pada tahun lalu.

SUMBER : Isu Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express