Najib Razak : Kekecohan Disebabkan Oleh 'Provokasi Terancang'

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan tindakan pelajar yang mengadakan bantahan berhampiran tempatnya mengadakan program di Kuala Lumpur hari ini sebagai provokasi terancang.

"Semasa saya bersembang santai dekat Universiti Malaya (UM) tadi, ada enam orang yang membuat provokasi terancang dengan menggunakan propaganda PH lama 'Mana RM2.6b'.

"Bah-aya sangat ke, saya berucap?" katanya dalam kenyataan di Facebook.

Najib turut menyatakan rasa kesal dengan pergaduhan yang berlaku dan memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur.

Najib berkata demikian sebagai merujuk perga-duhan melibatkan penyokongnya dan pelajar UM berhampiran Restoran Amjal, tempat bekas pengerusi BN itu mengadakan program santai hari ini.

Kekecohan di hadapan Restoran Amjal itu berlaku selepas sekumpulan pelajar yang turut terdiri dari Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke berhimpun di seberang jalan.

Susulan itu, penyokong Najib menghampiri kumpulan pelajar berkenaan dan berlaku pergelutan.

Ketika ditemui selepas program itu, Najib mengingatkan agar kumpulan pelajar berkenaan mengamalkan "prinsip keterbukaan".

"Sepatutnya dia (kumpulan pelajar itu) mengamalkan prinsip keterbukaan. Kita harus menghormati satu sama lain walaupun berbeza pendapat.

"Ini tidak seharusnya berlaku. Kita ganggu mana-mana pihak dalam urusan yang kita buat ikut dengan peraturan dengan ketertiban yang sepatutnya," katanya.

SUMBER