Nak Tanam Pokok Mesti Ada Jaraknya, Supaya Pokok Dapat Menghasilkan Buah Yang Baik. Ikuti Hasil Pengkosian Cara Tanam Pokok Oleh Hisham Rahim

Kenapa Perlu Tanam Pada Jarak Yang Sesuai?

Bagi pengusaha tanaman, antara perkara yg perlu dikenal pasti sebelum menanam sesuatu jenis tanaman adalah jarak tanaman yangg sesuai dengan tanaman tersebut.



Apakah Sebab Perlu Kepada Jarak Ini?

Ada 2 Sebab Iaitu :

1. Memudahkan pengurusan tanaman.
2. Memberi ruang minimum yg cukup bagi setiap pokok tumbuh dan mengeluarkan hasil yg baik.

1. Pengurusan Tanaman
Jarak antara pokok, batas atau sesuatu blok tertentu atas tujuan kesesuaian pengurusan kebun atau ladang tersebut. Sebagai contoh bagi ladang komersil yg besar memerlukan laluan traktor atau lori bagi memudahkan urusan seliaan ladang (spt memotong rumput, membaja dan meracun) dan pungutan hasil. Perkara ini penting dalam memastikan pengurusan kebun/ladang dapat dijalankan dengan efisyen.

2. Pertumbuhan Dan Pengeluaran Hasil
Setiap pokok memerlukan apa selalu disebut ABC iaitu Air, Baja dan Cahaya.

Jadi tanpa jarak yg sesuai dengan saiz dan keperluan fisiologi tanaman tersebut, persaingan untuk mendapatkan tiga komponen tersebut semakin tinggi. Persaingan ini akan menjadi faktor pengehad kepada pertumbuhan dan hasil pulangan tanaman. Selain itu juga, ruang pertumbuhan pokok dan sebaran akar juga akan menjadi terhad.



Kesan Jarak Tanaman Yang Terlalu Dekat

Dalam pengurusan pertanian moden, persaingan bagi mendapatkan air dan nutrien (baja) yg cukup dapat dikurangkan dengan pengurusan yang baik namun persaingan untuk mendapatkan cahaya tetap menjadi masalah.

Pada tanaman koko matang (5tahun keatas) contohnya, walaupun lindungan cahaya masih diperlukan namun lindungan hanya diperlukan pada tahap 25-30% sahaja. Kadar lindungan yang tinggi akan menyebabkan hasil menjadi rendah.



Berikut Adalah Antara Kesan Kekurangan Cahaya Akibat Jarak Tanaman Yang Terlalu Hampir :

1. Pokok Lemah
Cahaya diperlukan dalam proses metabolisma asas tumbuhan iaitu fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk tenaga. Pokok yang tidak memperolehi cahaya yang cukup akan menjadi lemah, kelihatan bewarna hijau muda pucat dan mempunyai jarak internod yang lebih panjang.

2. Lambat Berhasil
Akibat daripada agihan unsur karbon yang lebih tertumpu kepada pembentukan pucuk bagi mendapatkan cahaya, peringkat vegetatif akan berlanjutan lebih lama.

3. Pokok Cepat Tinggi
Disebabkan jarak internod yang lebih tinggi dan tumpuan kepada mendapatkan cahaya, batang pokok menjadi lebih tinggi dari kebiasaan.

4. Kanopi Lebih Kecil
Kanopi akan menjadi lebih kecil akibat ruang yang terhad dan kelihatan lebih menegak. Pada pokok kelapa pelepah tidak terbuka dan kelihatan menegak (erected).

5. Mudah Diserang Penyakit
Lebih karbon digunakan untuk menghasilkan pucuk baru bagi mendapatkan cahaya, dalam keadaan pokok yang sedia lemah pokok lebih mudah diserang oleh penyakit menurut beberapa kajian.

6. Hasil Rendah Dan Kecil
Bilangan buah terhasil berkurangan, kecil dan berkualiti rendah kerana kekurangan karbohidrat dan pennggunaan unsur karbon yang tidak efisyen.

Oleh sebab itu adalah penting bagi pengusaha memastikan tanaman mendapat ruang yang cukup supaya tanaman dapat memberikan hasil yang diharapkan.

Boleh follow Hisham Rahim dan Set See First ye untuk dapatkan lebih banyak ilmu dalam bidang pertanian. InsyaAllah.

SUMBER : Hisham Rahim

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express