“Nenas Adalah ‘Superfood’, Boleh Turunkan Berat Badan” Doktor Ini Pesan Ambil Nenas Setiap Hari

Satu perkongsian di Facebook oleh Doktor Rizal Abu Bakar telah mendapat perhatian netizen dengan lebih 12 ribu ‘shares’ dan lebih 8 ribu ‘likes’.

Dr. Rizal berkongsi tentang pemakanan dimana beliau menceritakan kebaikan memakan buah nenas.

Daripada perkongsian beliau, ternyata ada pelbagai jenis khasiat nenas untuk wanita mahupun lelaki.

Nenas Adalah Superfood

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.



Kaya Dengan Vitamin C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

Boleh Turunkan Berat Badan

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Penting Untuk Otak

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Vitamin Anti-Stress

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa Kata Cuba Hari Ini? Boleh Boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express