Sejurus itu, Oktovia mengeluarkan kenyataan meminta bukti bahawa dia mabuk seperti mana dakwaan Bella. Ujar Oktovia dia dan Aliff hanya keluar sebagai kawan kepada dan enggan terus mengeruhkan keadaan, Oktovia membuat permohonan maaf di IG story miliknya supaya kes ini tidak berlarutan.
Menerusi kenyataan di IG storynya itu, pelakon baru ini menyifatkan semalam merupakan hari yang dianggap bersejarah buatnya. Ini kerana insiden yang berlaku adalah tidak pernah terfikir atau terdetik di hatinya.

Dia mengakui adalah satu kesilapan dan tidak wajar untuk keluar dengan lelaki berstatus suami orang dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan ini, satu permohonan maaf telah dibuat dan nama Bella turut disebut untuk memastikan kenyataannya itu sampai kepada tuan badan.
Oktovia yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Nelydia Senrose ini menerangkan bahawa komen balas yang dibuat terhadap Bella pada petang semalam adalah disebabkan refleksi spontan dan dia terkejut menerima komen kecaman netizen. Dia juga manusia biasa yang ada perasaan marah apabila komen netizen itu berbaur kasar. Apa-apapun, salah itu datang daripadanya dan dia akui layak untuk terima kritikan tersebut.
“I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah. Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me, but I deserve it.”
Dia berharap Aliff dan Bella boleh menyelesaikan isu ini dengan baik dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya. Sikap Oktovia ini harus dipuji kerana berani tampil untuk meminta maaf daripada berselindung dan mengeruhkan lagi keadaan rumah tangga Aliff. Penulis mengharapkan isu rumah tangga Aliff kembali pulih seperti sedia kala.
SUMBER : Instagram Oktovia
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express