Sebuah Video Pendek Menunjukkan ‘Cara Tepat’ Untuk Menikmati Buah Nanas Telah Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini telah menular sebuah video pendek yang memaparkan ‘cara tepat’ untuk menikmati buah nanas dengan lebih mudah dan cepat. Penularan video ini telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak menyangka memotong nanas adalah begitu mudah dan tidak rumit seperti yang kita ketahui selama ini.

Video yang tular itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Lewis McCluskey. Video berkenaan telah dimuat naik pada 5 Mac lalu dan sehingga kini meraih lebih daripada 44,600 ‘retweet’.



Cara ini ternyata jauh lebih mudah tanpa memerlukan anda untuk melakukan langkah-langkah rumit seperti membuang kulit, membuang ‘mata’, memotong nipis dan sebagainya.



Menurut laporan SAYS, video berkenaan pada awalnya telah dikongsikan oleh pengguna aplikasi sosial Tik Tok iaitu Dillon Roberts yang menerima sekitar 11.8 juta tontonan.



Penyebaran video berkenaan membuatkan ramai netizen yang terkejut dan meluahkan pandangan masing-masing berkenaan video itu. Berikut merupakan beberapa komen netizen yang kami terjemahkan :

“Seumur hidup saya tidak pernah terfikir untuk memotong nanas seperti itu.”

“… jadi selama ini kita makan nanas dengan cara yang salah?”

“Esok saya akan beli nanas untuk cuba cara ini.”

Teruja untuk mencubanya? Apa kata anda beli nanas dan cuba di rumah. Muat naik video berkenaan dan tularkannya supaya lebih ramai mengetahui ilmu baharu ini!

SUMBER : SAYS

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express