Selepas Dua Tahun Baru Lelaki Ini Berani Tunjuk Rakaman CCTV Yang Dikatakan Nampak Malaikat

“Saya menyimpan rakaman itu sejak kira-kira tiga tahun lalu kerana bimbang ada yang mempersendakan, tetapi selepas mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam hal agama, kini saya sedia mendedahkannya kepada umum,” kata Jasni Ali Seman.

Pesara guru berusia 60 tahun itu berkata demikian ketika mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Matang Jaya pada 2016.

Rakaman berdurasi 51 saat itu jelas memaparkan objek putih terbang di halaman rumahnya sebelum ia hilang.

Beliau berkata, sejak melihat rakaman itu, beliau bertemu dengan beberapa ustaz bertanyakan apakah sebenarnya objek itu.

“Kejadian itu dirakam selepas waktu subuh pada bulan Ramadan 2016 dan saya menyedarinya ketika meneliti rakaman CCTV yang saya lakukan setiap seminggu sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasni berkata, selepas itu beliau bertemu dengan beberapa ustaz dan mereka menjelaskan ia adalah malaikat.

“Ustaz menasihatkan saya, sebagai orang yang beriman, kita harus percaya kepada malaikat dan ada sebab ia menunjukkan dirinya dalam rakaman CCTV itu.

“Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menghebahkan kejadian itu, tetapi kini saya bersedia untuk sekadar berkongsi dengan orang ramai apa yang berlaku ketika bulan Ramadan itu,” katanya.

Beliau berkata, selepas rakaman itu, beliau kerap memeriksa CCTV di kediamannya itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi objek serupa yang dirakamkan,” katanya.

https://youtu.be/8JVYvrX2dNw

SUMBER : Bharian Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express