Semakin Parah, Ini Kronologi Kes Pelajar Sekolah Terhidu Gas Beracun Di Pasir Gudang Johor

Pembuangan sisa bahan bertoksik di kawasan terbuka seperti aliran sungai, sememangnya diketahui bakal menyebabkan pencemaran, namun perbuatan tidak bertanggungjawab itu turut akan mengakibatkan penduduk sekitar bakal mengalami keracunan akibat terhidu gas disebabkan pembuangan bahan toksik.

Lebih 300 Orang Menjadi Mangsa

Pada 7 Mac lalu, 1400 pelajar daripada dua buah sekolah di Pasir Gudang, Johor telah diarah untuk mengosongkan sekolah mereka lantaran terdapat beberapa orang pelajar pengsan akibat terdedah kepada gas metana dan benzene yang datang daripada sisa pembuangan bahan bertoksik di Sungai Kim Kim.

Kedua-dua sekolah berkenaan mula beroperasi semula pada 11 Mac (Isnin), namun diarahkan tutup pada jam 10.30 pagi apabila insiden yang sama berlaku semula.





Sehingga hari ini, kira-kira 13 buah sekolah telah diarahkan tutup oleh kerajaan negeri Johor dan jumlah mangsa bertambah kepada 308 orang termasuk pelajar, staf sekolah, dan juga penduduk di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr. Sahruddin Jamal menyatakan kawasan yang terjejas adalah sejauh 1.5km daripada Sungai Kim Kim.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya bertenang lantaran aktiviti pembersihan yang dikendalikan oleh Jabatan Saliran dan Pengairan serta Jabatan Alam Sekitar sedang dilaksanakan.

Ada Yang Berada Dalam Keadaan Kritikal, Namun Tiada Kematian Dilaporkan



Menteri Kementerian Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut meluahkan rasa kesal dan akan mempertimbangkan langkah seterusnya.

“Saya terkesan dan sedih dengan insiden ini. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pelajar, guru dan pekerja mengalami penderitaan”

Menurut Dr. Maszlee lagi, 266 mangsa telah dirawat di Hospital Sultan Ismail manakala 42 telah dibawa ke Hospital Sultan Aminah untuk rawatan lanjut.

“Dari 42 mangsa, lima berada di zon kritikal, 19 di zon kuning manakala 18 berada di zon hijau. 35 adalah pelajar manakala selebihnya adalah orang awam.”

Pemilik Kilang Telah Diberkas Polis



Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Johor, Datuk Mohammad Ezanni Mat Salleh menyatakan 3 orang suspek yang merupakan pemilik kilang dan pekerja kilang telah ditahan.

“Mereka telah ditangkap dalam satu operasi khas yang dijalankan dengan bantuan polis semalam dan awal hari ini.”

SUMBER : Oh Mymedia

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express