Sultan Sumbang 1 Juta Bantu Mangsa Pencemaran Kimia Pasir Gudang

Isu pencemaran udara di Pasir Gudang semakin mendapat perhatian warganet. Bencana yang terjadi telah membuatkan ramai netizen berasa hiba melihat para mangsa terlantar lemah disebabkan terhidu gas beracun. Setakat ini 111 sekolah telah diarahkan tutup namun kawasan tersebut masih belum diisytihar darurat oleh Menteri Besar Johor.

Semalam pihak media telah melaporkan bahawa Sultan Johor berasa murka disebabkan pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim. Berpunca daripada itu, pelajar-pelajar di sekolah berhampiran telah mengalami sesak nafas, muntah-muntah serta ada yang kencing berdarah disebabkan terhidu udara beracun.

Sultan Johor Sumbang Sejuta

Oleh sebab itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahin Iskandar telah menyumbangkan sebanyak 1juta ringgit untuk operasi menyelamat, merawat serta mencegah penularan bencana tersebut.

Tambahan lagi, Baginda berasa terpanggil untuk memberikan bantuan kerana tersentuh dengan satu audio suara yang tular mengenai seorang lelaki meminta bantuan untuk kesejahteraan penduduk Pasir Gudang. Bantuan yang diberikan oleh Baginda telah dimaklumkan kepada Baginda Permaisuri Johor yang juga merupakan Penasihat diRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.



Terpanggil Selepas Dengar Rakaman Suara

Kenyataan yang diambil dari Utusan Online ini turut memberitahu bahawa Sultan Johor akan memberikan sumbangan secara peribadi bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.

Baginda juga menitahkan agar siasatan dilakukan segera dan perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.”  –Ujarnya.

https://youtu.be/Kk7jSxPQheA

SUMBER : Oh Mymedia

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express