Video COO Baharu Felcra Tengking Staf Bawahan Tular Di Media Sosial

SATU video memaparkan seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra menengking staf bawahannya tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Antaranya, bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin yang mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak patut.

Berulang kali saya cakap. Kerajaan yang lahir dari pemberontakan jalanan seperti dilakukan BERSIH selama ini telah melahirkan sebuah kerajaan samseng hari ini.



“Apatah lagi fitnah yang ditabur selama ini telah merosakkan akal pemikiran rakyat hingga lahir pemimpin agensi kerajaan yang berperangai seperti beruk,” katanya.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika COO yang baru dilantik sejak empat lalu itu melawat ladang sawit di Sungai Batu, Pahang.

Video :

https://youtu.be/bLOX44xXgOA

Ini Komen Dari Netizen :

– This is how we work at plantation..kalau lembut2 x jalan kerja..this Khairi is very commited to his work..inside Felcra..ketirisan berleluasa.. productivity very low.. thats y profit susah dapat..sapa pernah kerja ladang ini la lumrah dalam bekerja..kita perform then xde org marah..x perform memang la kena marah..becoz khairi also appointed to change Felcra from rugi to untung..ada betul ka Pae Esmaniakth?

– Boleh je ckp elok2..jerit2 camni itu biadap namanya..besor mana pangkat kau?ya,dpn dia semuanya jenis ngangguk je,sabar..boleh la kau tengking2.esok2 bertemu buku dgn ruas baru ada akal kau.

– Betul dah tu sangup turun padang tinjau apa yang patut di baiki…jangan pandai bercakap dalam pejabat berhawa dingin sahaja…turun padang nak jengok rakyat haram….di tuju pada pak menteri…Duluy Helang sikalang Geruda.

– Apa yg dia cakap ialah mereka salah guna baja..main ikut saja tak nak buat teguran..pastu dia marah pegawai dia jgn duduk ofis saja turun tengok..itu pun salah ke..ke telinga anina ni pekak ke apa.

– Sebagai penganut fahaman PH, kesalahan dia akan dimaafkan dan akan dipertahankan.. tipu degree pun kami boleh maaf dan kami cover, xkan la maki staf bawahan nak pecat.

SUMBER : Theklasik

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express