[Video] Hanya Cebisan Rambut, Tengkorak Nur Aisyah

MENYEDIHKAN itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.

Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibu nuh sebelum ma yatnya dibuang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat ma yat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.

“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia ma yat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.

“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membu nuh.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

https://youtu.be/JUDdDQZwOvI

Video 2 :

https://youtu.be/2KMz_Kq8u24

“Nur Aisyah Rupanya Sudah Mennggal” – Kanak-Kanak Perempuan Berusia Tiga Tahun Yang Hilang Minggu Lalu



KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu, Nur Aisyah Aleya Abdullah, jam 12.08 malam .

Katanya, ibu kanak-kanak itu seorang warga Indonesia berusia 31 tahun memaklumkan anak perempuannya yang dijaga teman lelaki.

“Ibu kanak-kanak itu ada bertanyakan kepada lelaki terbabit (suspek) di mana anaknya berada, namun dimaklumkan sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

“Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita itu mengenali suspek berusia 37 tahun yang sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum mereka bercinta.

Namun, katanya, akhir bulan sama, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.

“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suaminya dengan wanita berkenaan.

“Selepas rahsia mereka terbongkar, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun anaknya tidak diserahkan kepadanya, “katanya.

Mohd Iqbal berkata, akhir bulan lalu, wanita terbabit pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya tiada sebaliknya dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah dan tempat kerja isteri suspek sudah dibuat namun pasangan suami isteri terbabit tiada.

Dari Langkawi Lari Ke Ampang

SUAMI isteri yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang minggu lalu ditahan polis, hari ini (semalam).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Ampang, Selangor pada 4 petang.

Menurutnya, polis akan membawa mereka pulang ke Langkawi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak berada bersama mereka dan kami masih menyiasat mengikut kes berkenaan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima maklumat pada 12.08 malam kelmarin daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Dah Meninggal Dunia, Rupanya.

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah mennggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek Sudah Dibawa Ke Langkawi Untuk Tindakan Lanjut,” katanya.

Antara Komen Netizen :

Hidayah Kahar –Ya Allah.. Haritu bila baca, berharap sangat budak tu dibawa lari bersama2 je.. Rupanya dah men.nggal

Siti Aisyah Abdul Rahman – Di bawah jagaan pengasuhnya di kuarters hosptal. berapa jauh hosptl nk p kalau kecemasan mcm ni pengasuh woi!

Adi Mohd Nor –Yg sawan tue ko tinggal budak tue dalam hutan.. Kalau ko bawak pergi hospital xlah jadi mcm nie..rekod budak tue ada kalau dia sawan..keluarga dia pon blh terima kemtian di sebabkan sawan..

Ayie Shopp –Gila punya manusia..tk ada hati perut langsung..apa yg kau pikir masa budak tu mennggal dunia..aku rasa bukan kena sawan ni..bgi balasan secukupnya pada 2 orng ni

Fizz M. Zin –x . yg pelik bini dia kan jururawat??knp blh lari dgn suami lps budak tu kene sawan??mcm x masuk akal..nurse kot..dorang tau cmne nk handle budak kene sawan…aku x rasa budak ni kene sawan…mgkin sbb laen..dorg jd takot

Shanty Nur –Mak mngsa anak satu. Skandal dgn laki org yg wifenya kerja nurse. So mak mngsa dr penang p Langkawi, duk umh laki tu. Then wife perasan depa ada skandal. So suh pompuan tu keluar kerja kedai makan. Then mak mngsa p umh bf nk tgk anak, diaorg takde, buat report polis. Tup2, husband & wife tu dh lari p Ampang, dekat ngan umh aku. Then kantoi gak. Rupanya budak tu dh mti.. Punca sawan, mungkin x kena 320kk tp ko menyembunyikan kemtian bangang… Ehh… Ko x de tempat lain ke nak lari? Ingat mato-mato ni bodoh?

SUMBER : Viral Gempak

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express