Wajah Pengg anas Temb akan Masjid Di New Zealand

CHRISTCHURCH : Seorang lelaki yang dipercayai penyerang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan ser angan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dend am terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan ser angan itu secara langsung di media sosial.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan temb akan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyer ang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu memba las dend am atas kem atian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbu nuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Polis mengesahkan seorang lelaki ditan gkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express