"Genap 22 Hari Hilang,.." - Ratusan Pihak Berkuasa Dikerah Kesan Jejak Acap Dalam Skala Besar

Hari ini, genap 22 hari misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang di semasa menyertai larian di Gopeng Perak. Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh individu-individu tertentu sehingga mendatangkan teka-teki kepada rakyat Malaysia.

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan dakwaan bahawa Acap telah dijumpai dan kenyataan tersebut dijelaskan secara berkias oleh beberapa orang sukarelawan yang terlibat mencari Acap. Namun begitu, hal tersebut telahpun dinafikan sekerasnya oleh pihak berkuasa dan ahli keluarganya.

Anggota Berkuasa, Sukarelawan Berganding Bahu

Beberapa hari lepas, pihak berkuasa telah mengeluarkan satu kenyataan akan mengadakan pencarian berskala besar untuk mencari Acap pada hari ini iaitu Sabtu 13 April 2019. Menurut Facebook abang kepada Acap, Denny Lang, pihak polis akan melakukan pencarian dengan menurunkan ratusan anggota polis bagi sama-sama mencari mangsa.











Khidmat Anjing Pengesan Juga Digunakan

Pencarian Acap kali ini juga disertai oleh anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan dan juga ahli keluarga. Mereka akan mencari jejak Acap meliputi Bukit Batu Putih, Kampung Jahang dan kawasan-kawasan sekitar yang belum di redahi.

Khidmat anjing pengesan turut digunakan bagi membantu mengesan jejak orang hilang dengan lebih teliti.





Kepada Tuhan Kami Memohon Doa

Menerusi Facebook Denny Lang atau Mohd. Zahiruddin, rata-rata netizen mendoakan agar urusan mencari adiknya dipermudahkan. Mereka turut berharap pencarian berskala besar ini akan membuahkan hasil sehingga membawa kepada penemuan Acap nanti.



Kembalilah Ke Pangkuan Keluarga Acap



SUMBER : Denny Lang

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express