“Acap Mak Dekat Sini, Jalan Dekat Mak” -Yakin Anak Masih Selamat, Ibu Rayu Acap Pulang

Hati seorang ibu mana yang tidak dirundung sedih apabila anak yang disayangi kini menghilang tanpa jejak, itulah yang terpaksa ditanggung ibu kepada Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap perserta larian yang hilang.

Usaha pencarian masih lagi dijalankan walaupun tiada lagi petunjuk mengenai keberadaan Acap, malah pelbagai usaha telah dilakukan namun masih gagal mengesan Acap.

‘Jalan Ke Sini Acap, Sikit Lagi Acap,’

Tidak mahu hanya menunggu, ibu dan ayah Acap yang sudah agak berusia tegar bersama-sama pasukan lain untuk turut serta dalam misi mencari anak kesayangan mereka itu.

Lebih memilukan, satu video yang dimuat naik oleh abang mangsa memaparkan ibu Acap merintih sedih mengharapkan kepulangan anaknya dalam keadaan selamat.

Naluri seorang ibu.  ‘Jalan ke sini Acap, sikit lagi Acap,’ itulah yang tidak henti diucapkan oleh ibu Acap, seakan dapat merasakan kehadiran anaknya semakin dekat mahu menghampirnya.

https://youtu.be/T6Y4UMhZUwQ

https://youtu.be/IraB2AX2Hbo

https://youtu.be/kHVtlyfP7LM

Balik Lah Acap

Misi mencari Acap yang telah memasuki hari kesepuluh disertai oleh anggota Gopeng Ultra, sukarelawan dan ahli keluarga dilihat masih tidak berputus asa untuk menemukan Acap.









Doa ibu tiada hijab, semoga dengan berkat doa kedua ibubapa dapat menemukan Ashraf, kerana ramai yang menanti kepulangannya termasuk isteri dan anaknya.

SUMBER : Facebook Denny Lang

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express