"Demi Adik Ainul Mardhiah..", - Lelaki Ini Sanggup Jual Motosikal Miliknya Untuk Hulurkan Bantuan

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita adik Ainul Mardhiah yang mengidap ketumbuhan di bahagian mulut. Adik Ainul atau nama sebenarnya Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin yang lahir pada 13 Ogos 2018 dilahirkan sebagai bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Ainul Mardhiah terus sahaja dihantar ke Wad Kecemasan sejurus selepas dilahirkan kerana doktor mengesan ada ketumbuhan di dalam mulutnya.

Setakat ini, Ainul Mardhiah sudah menjalani pembedahan seawal usia 10 hari dan selepas 3 bulan pembedahan tersebut ketumbuhan itu keluar sekali lagi dan doktor mengesahkan ketumbuhan itu adalah kanser. Ainul disarankan menjalani rawatan kimoterapi seawal usia 4 bulan dengan berat hanya 2.2 kilogram.

Bapanya, Ahmad Safiuddin melalui akaun Facebooknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan Ainul dan tidak kurang juga yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Terbaru, seorang lelaki melalui akaun Facebooknya, Khairul Nizam Yacob mengiklankan sebuah motosikal miliknya untuk dijual demi membantu adik Ainul dan meringankan beban keluarganya. Motosikal model skuter NVX jenama Yamaha itu disertakan dengan gambar dan kondisi masih berada dalam keadaan baik.



Khairul juga menyatakan harga motosikal itu ialah RM6000 dan motosikal itu juga lengkap dengan semua dokumen dan urusan pertukaran hak milik boleh terus dibuat sejurus pembayaran terus ke akaun ayah Ainul Mardhiah yang tertera di iklannya itu.

Usaha Khairul itu mendapat pujian wargamaya dan tindakannya itu perlu dijadikan contoh positif agar akan ada lebih ramai lagi rakyat di negara ini prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekitar kita.

SUMBER : Khairul Nizam Yacob

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express