"Rasmi Anggota Stafoc Bukit Aman Dibubarkan.." - Majlis Dipenuhi Dengan Air Mata Anggota Stafoc PDRM

Sebak sedih air mata mengiringi majlis pembubaran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang STAFOC salah satu pasukan elit dalam PDRM.

STAFOC adalah salah satu daripada tiga yang akan dibubarkan.

Menurut laporan Utusan Malaysia Proses pertukaran dan penempatan semula pegawai dan anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) serta Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) giat dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sehingga kini sebanyak 60 peratus arahan bertukar kepada pegawai serta anggota sudah dikeluarkan susulan penstrukturan semula tiga pasukan khas itu.

Ujarnya, tiga pasukan khas PDRM itu bagaimanapun belum lagi dibubarkan biarpun arahan pemindahan pegawai dan anggota sudah dikeluarkan secara berperingkat.

“Buat masa ini sebanyak 60 peratus arahan pertukaran dalam pasukan itu sudah dikeluarkan dan proses penstrukturan pasukan khas itu dijangka lengkap dalam masa terdekat” kata Tan Sri Fuzi.

Terkini tersebar satu rakaman Video berdurasi 30saat menunjukkan satu majlis diiringi muzik Paluan Berundur dan upacara cabut ‘patches’ STAFOC dijalankan.

Memetik laporan Astro Awani pada 26 Jun 2018 pula menyebut pembubaran beberapa pasukan siasatan khas sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula entiti itu dalam waktu terdekat.

Tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan pembubaran itu diharap
dapat menjadikan PDRM dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Kita harap selepas keputusan (penstrukturan) itu dibuat masyarakat akan rasa PDRM adalah organisasi yang berhemah dan berintergriti.

https://youtu.be/GCfflcjozx8

SUMBER : Isu Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express