"Warna Baju ‘Bridesmaid’ Tak Sama...", Jurugambar Siap ‘Edit’ Bagi Nampak Sedondon!

Apabila ‘dilantik’ menjadi bridesmaid dalam satu majlis perkahwinan, mereka wajib memakai baju sedondon supaya kelihatan lebih meriah dan mudah untuk dikenali dalam kesesakan ramai tetamu.

Namun ada kalanya salah seorang daripada mereka memilih tona warna yang kelihatan ‘lari’ sedikit berbanding rakan yang lain.

Perkara seperti itu mungkin boleh diselesaikan oleh seorang jurugambar bebas, Syahmi Azhari apabila bertindak menyunting gambar sekumpulan bridesmaid yang memakai baju kurang sedondon.

Tona Baju Tak Sekata?



Sudah menjadi tanggungjawab seorang jurugambar bagi memastikan setiap momen sepanjang majlis akan dirakam dengan sebaiknya untuk tatapan di hari tua.

Justeru, Syahmi cuba memuaskan hati pelanggan dengan menyunting gambar bridesmaid berkenaan sehingga tona baju mereka kelihatan sama!

Sebelum :



Selepas :



Posting yang dimuat naik di laman sosial Twitter miliknya itu menjadi tular apabila diulang kicau lebih 17,500 kali dan mendapat 22,766 tanda suka serta pelbagai komen positif ramai orang.

Melihat hasil kerja Syahmi, rata-rata netizen memuji kecantikan gambar berkenaan dan kagum dengan bakat yang terdapat dalam dirinya.

Memang Berbakat



Bila Kahwin Dah Tahu Nak ‘Booking’ Siapa!



Suka Tengok Hasil Kerja!



Bagi Tutorial Boleh?



Edit Guna Apa?



Gambar ‘Nice’ Teruk!



SUMBER : Syahmi Azhari

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express